Kematian pertama mangsa H1N1 di Malaysia
PETALING JAYA: Seorang pelajar Indonesia yang berusia 30 tahun menjadi mangsa korban yang pertama yang menghidapi virus Influenza A(H1N1) walaupun punca kematianya bukan disebabkan penyakit itu. Pelajar itu yang sedang menuntut di International Centre for Education dalam bidang Kewangan Islam di Kuala Lumpur meninggal dunia kerana masalah jantung yang disebabkan oleh kegagalan fungsi ventrikular, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri LioW Tiong Lai.
Mangsa mengalami masalah obesiti, jantung dan hati, tambah beliau.
Sementara itu, The Straits Times di Singapura melaporkan dua kematian terbaru di negara itu dan angka kematian kini meningkat kepada tiga orang.
Kedua-dua pesakit tersebut merupakan seorang kanak-kanak yang berusia 13 tahun yang menghidapi penyakit sawan babi dan seorang lagi berumur 55 tahun dan menghidapi masalah penyakit neuron, sejenis penyakit yang melibatkan gangguan pada saraf.
Kematian pertama yang dilaporkan pada sabtu lepas adalah seorang lelaki yang berusia 49 tahun yang menghadapi penyakit diabetes, masalah tekanan dan kolestrol tinggi.

No comments
Post a Comment