Kematian Teoh Timbul Banyak Tanda Tanya
nik nazmi
Saya terkejut dengan berita kematian pembantu YB Ean Au Yong, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.
Baru beberapa hari saya bertemu beliau. Hari ini, beliau dijadualkan mendaftarkan perkahwinannya. Saya tidaklah mengenali sangat Teoh, tetapi pernah berurusan dengannya beberapa kali dan sering terserempak di SUK.
Teoh Beng Hock meninggal dunia selepas dipanggil soalsiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dalam kes siasatan terhadap beberapa ADUN Pakatan Rakyat yang baru dimulakan.
Kita harus bertanya bagaimanakah prosedur yang digunakan dalam menjalankan siasatan ini? Adakah suatu garispanduan perlu wujud bagi siasatan bagi memastikan hak mereka yang dipanggil memberikan keterangan terjaga?
Di samping itu, kita harus bertanya, bagaimanakah persoalan kes Khir Toyo? Ataupun kes PKFZ? Mengapa dalam isu-isu tersebut, tiada perkembangan terhadap siasatan SPRM?
Petang tadi saya ke perkarangan Plaza Masalam untuk meninjau keadaan kejadian. Sekitar 8 malam, saya turut serta dalam sidang media MB tentang perkara tersebut. Kemudian kami ke Plaza Masalam untuk vigil terhadap Teoh.
Ucapan takziah kepada keluarga Teoh. Moga mendiang mendapat keadilan.
Gambar-gambar boleh dilihat di sini.
No comments
Post a Comment