Kepada MB Haram Perak. Ini Jawapan Untuk "Anta Ya Sheikh Zambly"

Saya rasa terpanggil sejak kelmarin bila melihat kepada kenyataan Dr. Zambry berkaitan dengan Isu lilin yang semuanya sudah maklum hangat diperkatakan kebelakangan ini. Namun hari ini saya sempat untuk mengeluarkan beberapa kenyataan dan pandangan seperti berikut :-

1. Sebenarnya Dr.Zambry jangan terlalu terlajak jauh dengan melihat kepada PAS ada Tok Guru untuk memberi pandangan sedangkan perkara tersebut berlaku di Perak maka sewajarnyanya Mufti Peraklah yang selayaknya menjaga hal ehwal tentang hukum Islam apa lagi sesuatu yang berat dan dikaitkan dengan persoalan akidah umat Islam di negeri ini, kalaulah itu perbuatan itu salah saya kira orang yang paling layak dan seharusnya perlu disegerakan dimohon pandangan dari nya adalah Mufti Perak.

Saya yakin kedudukan Ulama PAS sejak ditubuhkan sangat berperanan untuk menegur semua pihak termasuklah DS. Nizar sendiri sekiranya terdapat sesuatu perbuatan yang jelas bercanggah dengan hukum Islam.

2. Berhubung dengan pandangan dari Mufti Perak, sebetulnya terdapat beberapa perkara yang tertangguh atau sengaja ditangguh oleh pihak berkenaan sehingga banyak pihak tertunggu-tunggu termasuklah dari saya sendiri :-

a. Apakah hukumnya dari sudut hukum Islam mengenai pencabulan demokrasi dengan kudeta dan rampasan kuasa di Perak , serta dikaitkan dengan pembeliaan wakil rakyat Pakatan Rakyat dengan sejumlah wang sebingga mereka berpaling tadah kepada BN. Rentetan dari itu timbul suasana yang tidak tenteram dan desakan yang berterusan supaya hak rakyat dikembalikan dengan dibubarkan DUN Perak. Apa jawabnya ?

b. Pertanya saya kepada Dato Seri Mufti (Sekarang Tan Sri) pada sidang media pada 3 Mac 2009 apakah hukumnya Dewan Negeri yang telah dijampi oleh bomoh dari segi hukum Islam, Jawapan ?

c. Hukum program Jom Heboh yang diadakan di Lumut beberapa ketika setelah kudeta berlaku di Perak adakah sudah jadi halal atau masih kekal haram seperti pandangan Tan Sri Mufti pada suatu masa dulu.

c. Isu terkini hukum DS. Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin dalam sidang media di Wisma DAP pada 17 July lepas, apa hukumnya ?

Semuga selepasnya ini semua rakyat Perak akan menerima penjelasan dari pihak Tan Sri Mufti.

Sekian terima kasih.

Kenyataan Media/22 July 2009

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak.

1 comment

Anonymous said...

mufti akhir zaman...

Janji ada masyuk!
Pocket ada penuh, mulut kasi sumbat... duduk diam-diam sudah... biar jadi tok pekong, asalkan wang penuh disaku...

Powered by Blogger.