Keputusan Terkini Terus Dari Manek Urai! Keputusan Rasmi!

Abe Uji Pilihan Kami...


KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS
5348
UNDI BN
5283
MAJORITI 65
JUMLAH UNDI ROSAK 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA 8.29 PM (rasmi)



takbir!!!!!!!!!!

tahniah yb fauzi abdullah! semoga dapat memimpin manek urai dengan keberkatan

terima kasih kepada semua pengunjung. semoga laporan sehari saya kepada anda mendapat keberkatan dari ALLAH!



KUALA KRAI: PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti tipis 65 undi.

Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283.

Majoriti PAS pada Mac 2008 ialah 1,352 undi.

Ia diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin pukul 9.07 malam selepas suasana cemas dengan kiraan undi di beberapa pusat mengundi sejak 7 malam tadi.

Sejak 7 malam tadi muncul pelbagai desas-desus bahawa masing-masing calon PAS dan BN mencapai kemenangan di kubu kuat PAS ini.

Kerusi DUN Manek Urai kosong berikutan kematian Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu. Ismail, 60, daripada PAS memenangi kerusi Manek Urai sejak pilihan raya umum 1985 kecuali pada 2004.

Pada pilihan raya umum ke-12, Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Krai menewaskan Mohamed Zulkifli dari BN dengan majoriti 1,352 undi.

Seramai 12,293 pengundi layak untuk calon pilihan mereka antara Tuan Aziz dan Fauzi. Hampir 99.2 peratus pemilih adalah kaum Melayu sementara hanya 0.46 peratus Cina, 0.23 peratus India dan 0.11 peratus kaum-kaum lain.

1 comment

Unknown said...

Mengapa majoriti tipis. Adakah ini helah pengundi di Manek Urai?

Powered by Blogger.