Kerajaan Selangor Bakal Bincang Peruntukan Pembangunan Dengan Kerajaan Persekutuan

SHAH ALAM, 20 Julai - Kerajaan negeri Selangor bakal mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi membincangkan peruntukkan pembangunan yang sepatutnya disalurkan kepada semua negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perbincangan mengenai perkara itu biasanya dilakukan sebelum pembentangan bajet iaitu pada bulan Oktober.

“Saya akan bangkitkan apabila kita ada perjumpaan tiap-tiap tahun dengan kerajaan federal yang dipanggil the finance, federal state finance meeting tiap-tiap tahun, menurut perlembagaan sekurang-kurangnya satu tahun sekali akan diadakan mesyuarat antara kerajaan federal dengan kerajaan negeri mengenai kewangan negeri dan federal jadi memang diperuntukkan dalam sekurang-kurangnya”, kata Abdul Khalid.

Tan Sri Abdul Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan di Dewan Jubli Perak, Shah Alam hari ini.

Beliau juga mungkin mencadangkan supaya peruntukkan pembangunan diseimbangkan di semua negeri seperti yang dilakukan oleh negara-negara Persekutuan seperti Canada dan Australia.

“Saya juga selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak juga nak ambil kesempatan untuk menyatakan cadangan bahawa cara peruntukkan negeri-negeri ini mesti dibuat seperti cara yang dibuat oleh negara-negara Federation seperti Canada dan Australia, di mana dia ada satu cara maknanya growth equalization fund, maknanya walaupun kita kena bagi tiap-tiap negeri, negeri yang maju kita kurangkan, tapi negeri yang kurang maju untuk dibangunkan akan dapat extra allocation, ini walaupun ini tidak menolong negeri Selangor, tujuannya ialah supaya kita dapat menyeimbangkan keadaan-keadaan”, jelas Abdul Khalid lagi.

Dalam pada itu, Tan Sri Khalid berkata, Selangor tidak seharusnya mempunyai dua pejabat pembangunan negeri iaitu yang ditadbirkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

“Tidak perlu ada 2 pejabat untuk pembangunan negeri Selangor, 2 pejabat maknanya pejabat yang dikelolakan oleh kerajaan persekutuan dan pejabat yang dikelolakan oleh kerajaan negeri. Tak perlu untuk Selangor saya tak tahu untuk negeri lain tapi untuk Selangor tidak perlu kerana dia merugikan wang rakyat because the overhead cost is double”, tegasnya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments

Powered by Blogger.