kes kebakaran kawasan setinggan kerinchi...ada orang terasa pedas?

Laporan polis dibuat terhadap Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Dua laporan polis hari ini, dibuat terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung dakwaan beliau kononnya kebakaran di kawasan setinggan Bukit B, Kerinchi di sini baru-baru ini, dirancang pihak tertentu.

Laporan itu dibuat secara berasingan Naib Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai, Zailani Abu Bakar dan Timbalan Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Mohd Nazri Abdul Rahman, di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields jam 3 petang tadi.

Mereka turut membuat laporan sama terhadap Naib Ketua PKR Lembah Pantai, Amin Mian, berhubung dakwaan yang sama.

Zailani memberitahu pemberita bahawa kenyataan Nurul Izzah dan Amin itu boleh menimbulkan ketidaktenteraman awam dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan selain boleh mengganggu tugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Azri Abd Rahman, ketika dihubungi berkata, kedua-dua laporan itu akan disiasat seadilnya. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.