Ketua Peniaga Tempe Selangor Memberi Sokongan Kepada SPRM?
Beliau mengucap takziah kepada keluarga Teo Beng Hock ekoran kematiannya sangat tragis dan kontroversi dan berharap mereka, termasuk tunangnya tabah dan sabar menunggu keputusan siasatan Polis.
"Saya juga ingin meyatakan bahawa adalah tidak adil membuat tuduhan semberono terhadap SPRM tanpa menunggu keputusan hasil siasatan.
"Biarlah polis menyiasat terlebih dahulu dan jika tidak berpuas hati, mungkin satu suruhanjaya siasatan boleh ditubuhkan untuk melakukan siasatan," tulis Khir dalam blognya.
Mayat Teo - setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui pada jam 1.30 tengahari semalam, selepas disoal siasat berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN.
Mayatnya ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
"Kita kena faham siasatan SPRM bukan untuk dipolitikkan kerana ia memberi banyak tekanan emosi kepada ahli keluarga mereka yang terbabit jika disiarkan secara besar-besaran di dalam akhbar.
'Isu banglo mewah'
"Ini turut dirasai oleh isteri dan anak-anak saya yang masih bersekolah," katanya sambil menambh beliau melalui keadaan yang sama apabila disiasat oleh SPRM apabila dilempar dengan tuduhan semasa dan selepas menjadi menteri besar.
"Malah semasa saya menjadi menteri besar dahulu, bukan sahaja fail dan dokumen diambil, saya sendiri dirakam percakapan selama lapan jam.
"Selepas tidak menjadi menteri besar pun boleh dikatakan setiap kes yang ditohmahkan ke atas saya akan disiasat oleh SPRM. Ini termasuk isu banglo saya yang mula disiasat oleh SPRM minggu lalu," katanya.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menjadi seperti beberapa ahli politik yang dengan sukarela memanggil sidang akhbar memberitahu dan mempersoalkan tindakan SPRM mengambil dokumen dan menyiasat pejabat mereka.
"Seingat saya tidak pernah SPRM membawa wartawan atau media ke mana-mana serbuan mereka. Malah jika tidak silap saya isu siasatan ini menjadi besar kerana wakil rakyat dari DAP sendiri membocorkannya kepada pemberita.
"Jadikanlah tragedi ini satu pengajaran yang terbaik kepada kita semua. Jangan politikkan siasatan SPRM sehingga menjadikan seolah-olah suruhanjaya ini bertindak atas kepentingan politik parti tertentu.

No comments
Post a Comment