Liga Super sah milik Selangor
SELAYANG 21 Julai -- Selepas menunggu selama lima tahun, Selangor akhirnya berjaya merangkul kejuaraan bola sepak Liga Super, satu-satunya piala yang masih belum pernah diraih mereka sejak format liga ini diperkenalkan pada 2004.
Kejayaan itu disambut lebih awal walaupun mereka masih mempunyai baki satu perlawanan, Sabtu ini dengan mencatat kemenangan kali ke-19 apabila membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 6-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam.
Perlis yang sentiasa saling menyaingi Gergasi Merah sejak awal musim pula tewas 1-2 kepada KL PLUS di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sekali gus mengakibatkan Singa Utara ketinggalan tujuh mata di tangga kedua dan tidak mampu mengejar lagi. - Utusan

No comments
Post a Comment