lansung dari manek urai! suasa dan gambar disertakan bersama!

Abe Uji Pilihan Kami...




6:35 pm- masalah terkini yang berlaku di manek urai


Terdapat masalah baru di Markaz UPU Manek Urai Lama apabila kebanyakan penyokong yang berkampung dan berkubu di markaz ini tidak berganjak dari 'kubu' ini. Tetapi di pihak musuh, nampaknya sudah lengang. Penyokong PAS begitu semangat menantikan saat kemenangan PAS di Manek Urai nanti.




6:22 pm- KUALA KRAI 14 Julai - Kira-kira 87.33 peratus atau 10,736 pengundi daripada 12,293 pemilih berdaftar telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sehingga tempoh pengundian ditutup pukul 5 petang ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peratusan itu melepasi sasaran SPR iaitu 85 peratus keluar mengundi.

6:18 pm- Kepada semua penyokong PAS/Pakatan Rakyat, diharap agar terus berdoa kepada Allah SWT agar kemenangan dapat dikekalkan. Sekarang ini berlangsung proses pengiraan undi. Pesanan pimpinan kita, jika kita dtakdirkan kemenangan pada pilihanraya ini, maka kita sebagai penyokong mestilah melahirkan rasa syukur kepada Allah dengan apa cara sekalipun.

5:46 pm: Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata walaupun SPR sudah membuat ketetapan supaya tidak ada lagi pondok panas dan perhimpunan besar diadakan di kawasan mengundi oleh penyokong parti bertanding, namun daripada segi pengawasannya, ia masih lemah.

Beliau mengulas kelemahan kawalan SPR di kawasan mengundi di Sekolah Kebangsaan Peria tengah hari tadi, sehingga mencetuskan sedikit pertelingkahan antara penyokong Pas dan BN, yang akhirnya menyebabkan dua ahli Puteri Umno cedera dibaling batu oleh penyokong Pas.

5:29 m- benarkah pas menang besar?


5:15 pm: gambar abe uji lawat UPU




Kehadiran calon PAS, Abe Uji disambut oleh puluhan penyokong PAS dengan laungan takbir walaupun para penyokong UBN sudah tiada seperti pada awal pagi tadi.




5:00 pm- Tepat jam 5 petang, semua pusat membuang undi secara rasminya ditutup. Keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 8 malam. Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila masa sahaja oleh pihak SPR

semua tempat mebuang undi ditutup. jangkauan awal mengatakan 86% pengundi keluar keluar mengundi. sama-sama tunggu keputusan. satu kejadian kemalangan berlaku di hadapan SK Perial

4:50 pm- Maklumat yang baru diterima mendapati Markaz induk BN ditepi jalan utama Kuala Krai-Gua Musang telah mula kosong mengikut pemberi maklumat sekitar jam 3.30 petang tadi.

Gambaran ini mungkin menjawab desas desus yang kedengaran setakat ini hampir disahkan 5 dari 9 peti undi telah pun dimenangi oleh PAS setakat ini.

4.39 petang - Calon PAS, Abe Uji tiba di markas Induk PAS. Para penyokong menyambut dengan laungan takbir berkali-kali

4:34pm: Pihak keselamatan memberitahu bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Ini suatu petanda bahawa BN sudah Kalah!

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin BN lain sudah meninggalkan Manek Urai menuju ke Kota Bharu dengan diiringi polis trafik.

4.22pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 4 petang tadi sudah mencecah 86.4 peratus atau 10,626 pemilih menunaikan tanggungjawab - sejam lagi sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

4.16 petang - Calon PAS, Abe Uji dalam perjalanan menuju ke Markas Induk daripada UPU Temali

4.15 petang - Peratusan yang telah keluar mengundi sebanyak 84 %

Kenderaan bergerak sangat perlahan dari persimpangan Manek Urai Baru ke Sungai Perial


4:10 pm petang - Beberapa pemerhati daripada MAFREL masih kelihatan berada di peti undi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.

4:10 pm - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

4:04 pm: Sementara itu, mengulas mengenai sikap penyokong PAS yang mengibarkan bendera pada kenderaan mereka, Musa berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi supaya mengenakan tindakan saman terhadap mereka yang berkenaan.

Katanya tindakan mereka itu membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, selain diri sendiri kerana bendera bersaiz besar yang dipasang pada kenderaan boleh menghalang penglihatan pemandu.

3:59 pm- Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini

3.57 petang - Di Temali, calon PAS tiba di pusat pengundian. Beliau disambut oleh kira-kira 150 penyokong dan diiringi dengan bacaan doa

3.56 petang - Seramai 150 hingga 200 penyokong PAS kembali berkumpul di hadapan pusat pengundian Sungai Peria


3:54 pm- kesian kat akak merah ni..orang lain dah balik pun!



3.40 petang: Setakat pukul 3 petang, seramai 10,312 pengundi (83.8 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka. SPR turut mengesahkan belum ada pusat pengundian yang ditutup dan ia hanya akan ditutup pada pukul 5 petang.

3:40 pm- Pengarah Operasi Keselamatan PAS Dun Manek Urai, Mejar (B) Mohamad Ibrahim berkata, pihaknya telah bersiap sedia dengan mengerahkan petugas keselamatan berada di sekitar tempat pembuangan undi.

"Mulai jam 3 hingga 5 petang adalah waktu yang paling kritikal kerana segala kemungkinan boleh berlaku apabila kita lalai biar pun sesaat.


3:30 pm- muhyiddin ada kat mrsm kuala kerai. tengah pelahap makan kot? tak pun sambung tidur. sebab tu muka jadi sembab..kahkahkah


3:29 pm- gambar pinktrtle


DSC09540

muslimat PAS sedang rancak merayu undi

muslimat PAS sedang rancak merayu undi

DSC09547

Suasana mengundi di kawasan peti Undi Manek Urai Baru

Suasana mengundi di kawasan peti Undi Manek Urai Baru



3.09 petang - Di Sungai Peria, dua orang petugas muslimat PAS, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN

3.00 petang - Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh

2.53 petang - Di Pria, kedua-dua penyokong PAS dan UMNO mula berehat. Aliran pengundian semakin berkurangan

2.50 petang - Perayu-perayu undi BN mula meninggalkan tempat di Manek urai Baru. Hanya kelihatan 4 orang sahaja.

2.49 petang - Di Manek Urai Baru, pihak SPR telah membenarkan pemerhati barung dari PAS berada bersama barung SPR selepas berunding dengan pihak polis oleh YB datuk Takiyuddin

2:45 pm- Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yakin peluangnya merampas kerusi DUN Manek Urai "lebih cerah" jika peratusan keluar mengundi meningkat.

Ditemui dekat pusat membuang undi di Chuchoh Puteri, beliau berkata peratusan tinggi itu bermakna ramai pengundi muda keluar membuat pilihan dan memangkah BN.


2:40 pm- kemaskini gambar


PETI UNDI : MANEK URAI BARU

YB Azamin, ADUN Kadok

Ketua Pemuda PAS Kawasan Ketereh, Ustaz Nik Mahadi bertugas di pondok panas


PETI UNDI : SUNGAI PERIA


2:35 pm- kemaskini gambar dari manek urai!


PETI UNDI : LATA REK

YB Salahuddin Ayub melawat pondok panas

YB Ustaz Nasaruddin Daud, speaker DUN Kelantan

beberapa kerat pemuda UMNO

PETI UNDI : MANEK URAI LAMA

YB Dr Fadzli Dato’ Hassan, ADUN Kemuning dan Exco Negeri Kelantan


2:30 pm- Anak-anak Abe Uji turut serta mengiringinya dalam sesi konvoi ke tempat-tempat pengundian.

Di Lata Rek setekat jam ini, petugas Pas masih kelihatan kuat meraih undi berbanding petugas BN yang nampaknya semakin putus asa, namum pada masa yang sama masih melalukan perangai yang tidak baik.


Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang telah melawati 4 buah UPU memberitahu, PAS mendahului 52%.



2:14 pm- video terkini dari manek urai



2:12 pm- Jumlah penyokong PAS jauh mengatasi kumpulan kecil penyokong BN di pusat pembuangan undi Lata Rek dengan kadar 150 orang berbanding lima orang, semuanya Wanita dan Puteri Umno.

Kumpulan wanita disorak agar "balik ke rumah" tetapi tetap bersemangat dengan berpayung di bawah terik matahari, sambil mengibarkan bendera.

Manakala kumpulan penyokong PAS pula berada di bawah khemah yang dilengkapi kipas angin, makanan dan minuman. Mereka berehat dengan santai, termasuk makan tengah hari di situ (foto kanan).

Beberapa penyokong Umno kelihatan berteduh di pokok-pokok berhampiran.



1:00 pm- benarkan saya solat dan makan megi sekejap. biase la budak mengaji lagi.hehehe....jumpa dalam kol 2. takbir!!!

12:27 pm Pria - keadaan tidak terkawal ekoran penyokong kedua-dua pihak menyerbu ke dalam tempat pusat pengundian

Ini bermula ketika pegawai spr datang memasuki pusat pengundian, ia telah diikuti pula oleh kereta berlambang Dacing. Penyokong PAS tidak berpuas hati dan mnyerbu pusat pengundian tersebut. Akhirnya penyokong BN turut menyerbu sama. Penyokong kedua2 pihak juga salin baling botol dan batu antara satu sama lain. Polis dilihat tidak dapat mengawal keadaan yang semakin teruk itu.

12:18 pm- gambar sekitar pusat pengundian









12:12 pm- tok guru di manek urai lama!






11.56 pagi - Pertambahan crowd penyokong PAS di Sungai Sok bertambah 500 orang, BN hanya 300 orang sahaja.


11.56 pagi - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sedang meninggalkan Sekolah Kebangsaaan Manek Urai Lama, menuju ke tempat memgundi lain.

11.53 pagi - Keadaan di Sungai Peria diberitakan tegang, keadaan sekarang kelihatan kedua-dua penyokong parti bertanding berbalinagn botol. Polis sedang cuba mengawal keadaan.



11.55 pagi - Di Manek Urai baru, pengundi semakin berkurangan, kerana ramai pengundi yang telah keluar pagi tadi. Peratusan keluar mengundi 52%.


Keadaan semakin lengang, provokasi antar dua parti juga sudah tiada.



11.55 pagi - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sekarang berada di Sekolah Kebangsaaan Manek Urai Lama.





11.50 pagi - Bilangan crowd PAS di Sungai Peria meningkat 350 orang berbanding UMNO lebih kurang 250 orang sahaja, keadaan saling memprovokasi tetapi masih dalam keadaan terkawal.

11:43 am-gambar polis

Apa tujuan anggota polis perlu berada di Bilik Gerakan barisan Nasional? Adakah menjaga keselamatan jentera Barisan Nasional? Anda sendirilah yang menilainya.

11:42 am-Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin parti itu akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai, tetapi dengan majoriti yang berkurangan.

Mahfuz, yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau juga menjangka jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah di sekitar 84 peratus.

"Saya tidak menjangka ramai akan pulang (untuk mengundi) kerana hari ini Selasa (hari bekerja di luar Kelantan).

"Namun begitu, dari maklum balas yang diterima, ada yang telah pulang (untuk mengundi).

"Kerana itu kita menjangka menang tetapi jumlah majoriti kurang," katanya.

11:31 am- gambar perayu undi







11:30 am



Blogger Cina Islam, YB. Drs. Khalil Idham Lim sekarang ini sedang bersiaran secara langsung dari Manek Urai Lama. Berita-berita terkini bolehlah melayari Cina Islam http://idhamlim.blogspot.com.


11.26 pagi - 200 orang penyokong PAS mula merapati pagar di sebelah pejabat kisdar, tempat pembayaran pengundi.



Jalan dari Kuala Krai - Manek Urai ketika ini sesak tidak bergerak.

11.26 pagi - Calon PAS, Abe Uji bersama pengiringnya masuk ke tempat pengundian di Sekolah Kebangsaan Lata Rek, bertemu dengan penyokong-penyokong PAS.



11.25 pagi - Lata Rek ketika ini, petugas semakin bertambah 4 kali ganda berbanding BN, mereka bertakbir, bertahmid dan bersama membaca doa Qunut Nazilah.

Sementara itu, petugas BN masih dalam keadaan pasif, tidak bergerak meraih undi mereka.


11.25 pagi - Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kelihatan sampai di UPU Manek Urai Baru.

11:25 am- Setakat ini 50% bagi ketiga-tiga saluran telah keluar mengundi.




11:15 am Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.

Mereka meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ.

Penyokong PAS itu turut mengoyak pelekat tersebut sambil melaungkan 'penyamar'.

11:10 pagi- calon bn melawat pusat undian sorang2






10.58 pagi - Menurut Ketua Muslimat Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, di Lata Rek bilangan keluar mengundi ikut saluran 127 daripadanya penyokong PAS, manakala 20 lagi penyokong BN.

Setakat ini 50% bagi ketiga-tiga saluran telah keluar mengundi.

10.57 pagi - Di Temalih - lebih 40.59% pengundi telah keluar mengundi.


10.50 pagi - Di SK Manek Urai Lama, kira-kira 250 penyokong PAS balas-membalas sorakan dengan lebih kurang 200 penyokong BN.

Penyokong PAS menjerit "rasuah" dan "Altantuya" (Shaariibuu) kepada lawannya, dan kedengaran ungkapan lucah dari arah kumpulan BN yang berada di seberang sebatang jalan kampung.





10.45 pagi - Di UPU Manjor - 400 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mengundi, masih berbaki lagi yang tidak keluar mengundi.


10.48 pagi - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi ini sudah mencecah 38.3 peratus atau 4,706 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.

10.47 - pagi - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi ini sudah mencecah 38.3 peratus atau 4,706 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.



10.46 pagi - daripada upu temalih, keadaan penyokong kedua-dua parti saling mereka berhujah sesama mereka tetapi keadaan terkawal. Walaubagaimanapun penyokong PAS dilihat lebih bersemangat berbanding BN. Kekuatan penyokong PAS:UMNO= 60 : 40.

10:45 pagi- Kelihatan beberapa orang dibelakang bangunan berhampiran beratur seolah-olah sedang menyemak daftar pengundi kemudian masuk kedalam bangunan. Ambik duit upah kot.....

10.30 pagi- Seorang lelaki dan berkepala botak cuba memprovokasi penyokong dan dihalang PDRM. Suasana kembali tegang. Konvoi motosikal berkuasa tinggi PAS telah melepasi Pusat Pengundian.

10. 27 pagi - Dari kubu kuat UMNO, UPU Manjor, polis kelihatan ramai berada di pintu utama masuk ke kawasan mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Karangan, saluran 1 dan 2 semakin ramai yang telah mengundi, saluran 3 masih lagi kurang dan lengang.

Kawasan Kota Raja yang diketuai Dr. Siti Mariah Mahmod membantu keadaan di sana.

Manakala, petugas Pas UPU manjor dalam masa yang sama sedang menyediakan jamuan makan tengahari untuk para petugas PAS, 2 ekor kerbau dimaklumkan tumbang.

10. 25 pagi - Di UPU Laloh suasana agak tegang apabila penyokong BN dan PAS menyerbu sebuah rumah pengundi berebut untuk membawa pengundi ke tempat pengundian. Pengundi tersebut dimaklumkan pengundi luar.

9.50 pagi - Calon Pas, Abe Uji sedang berada di Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri, calon terpaksa menaiki matorsikal berikutan jalan masuk ke tempat pengundi yang sesak.

Keadaan disana dilaporkan tegang, muslimat dan puteri UMNO saling berperang mulut.

9.45 pagi - Di Pusat mengundi Manek Urai Lama, anggota keselamatan polis menggunakan sebuah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) meleraikan ketegangan yang berlaku disana.

Laporan memberitahu, ketegangan berpunca dari Umno Ketereh yang cuba membuat provokasi antara mereka dan PAS Ketereh. Umno Ketereh didakwa cuba melepasi had kawasan merayu undi parti masing-masing.

9:35 pagi - Laungan takbir bergema di sekitar pusat mengundi sambil diselangi laungan "Hidup-hidup, hidup Islam, hancur-hancur, hancur UMNO" oleh para penyokong PAS. Keadaan masih terkawal. Tidak ada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku setakat ini. Penyokong diluar sana, teriskan berdoa kepada Allah. Insya Allah semoga kami disini diberikan semangat yang jitu sehingga mencapai kemenangan.

9.25 pagi - Laporan dari peti undi Sungai Sok, calon PAS, Abe Uji dengan diiringi isterinya, Kak Nah sedang bertemu dengan pengundi-pengundi di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Keadaan tegang disana berikutan pertembungan petugas perayu undi Muslimat PAS dan Wanita Umno, provokasi yang diberitakan dimulakan pihak Wanita Umno itu walaubagaimanapun dapat dikawal petugas keselamatan PAS.

9:20 Pagi - Pada saat ini, para pengundi tidak putus-putus keluar mengundi. Kesempatan ini diambil pada sebelah pagi bagi mengelakkan berlakunya hujang pada tengahari/petang nanti. Kepada para penyokong di luar sana, panjatkalah doa sepanjang masa kepada Allah supaya memberikan kemenangan kepada Parti PAS.

9.10 pagi - Helikopter peronda polis mulai sesak diudara, memantau keseluruhan tempat seolah-olah Manek Urai di duduki pengganas.


9.08 pagi - Laporan dari 9 tempat mengundi, saluran 3 masih lagi lengang. Hanya saluran 1 yang di penuhi pengundi.

Kemungkinan pengisytiharaan cuti umum hari ini menyebabkan golongan muda dari saluran 3 mengambil sikap untuk mengundi tengahari nanti.


9.04 pagi - Laporan dari Sekolah Kebangsaan Manek Urai, takbir dan selawat bergema mengiringi pengundi-pengundi PAS.

9.00 pagi - Sementara itu, laporan dari Sekolah Kebangsaan kampung Karangan UPU Manjor, jalan ketika ini sesak berikutan laluan sempir menuju temapt mengundi.

Petugas jentera PAS lebih menguasai keadaan dalam merayu undi, hanya sebilangan kecil kumpulan puteri Umno kelihatan di sana.


8.30 pagi - Setelah 20 minit melihat keadaan di Sungai Peria calon Pas, Abe uji menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sok pula.

8.29 pagi MANEK URAI, 14 Julai - Kebanyakkan yang turun mengundi awal pagi ini adalah dari saluran satu.

8.00 pagi MANEK URAI, 14 Julai - Abe Uji telah masuk ke dalam tempat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria memerhati perjalanan proses pembuangan undi yang sedang berlangsung.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat telah beredar menuju ke tempat pengundian lain.


8.00 pagi MANEK URAI, 14 Julai - Kesemua 9 tempat mengundi telah dibuka.

Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sekarang berada di Sekolah Kebangsaaan Peria menyakskan pengundi-pengundi membuang undi.

7.00 pagi MANEK URAI, 14 Julai - Petugas jentera PAS mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan lebih bersemangat.

sila refresh, maklumat terkini perjalanan pembuangan undi akan dipaparkan dari masa ke semasa

2 comments

Putra IJ80 said...

Setakat nie kami smue amat berpuas hati dgn kerja dan laporan lengkap anda.,tidak ada kata yg.dapat di luahkan melainkan Terima kasih serta di iringi doa smugr Allah memberi ganjaran bagi nya.

Selamat menjalankan tugas,salam untuk rakan rakan bloger., yg sama sama berusaha gigih demi Agama,bangsa dan Negara.

web admin said...

terima kasih!

anda pembakar semangat kami yang tak seberapa ini. takbir!!!!

Powered by Blogger.