Manek Urai: 52 pengundi Cina dan 33 pengundi India menyokong BN

KUALA KRAI, 2 Julai — MCA dan MIC yakin masyarakat Cina dan India di Dun Manek Urai akan berikan sokongan padu mereka pada calon Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil nanti 14hb Julai 2009.

Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata 52 orang pengundi berdaftar Cina dalam kawasan tersebut telah istiharkan sokongan tidak berbelah bahagi mereka keapda BN.

"Saya yakin mereka tiada masaalah untuk menyokong kami" katanya kepada pemberita.

Sementara itu Pengerusi MIC Kelantan M. Kuppusamy berkata 33 orang pengundi kaum India juga telah menyatakan sokongan padu mereka pada BN.

"Saya baru saja menemui mereka di Lepan Baru dan mereka yakinkan saya undi mereka untuk BN," katanya.

No comments

Powered by Blogger.