Manek Urai: Keputusan Ganjil TAPI Kemenangan Gemilang PAS

Saya macam tak boleh percaya keputusan Manek Urai yang terbaru ini. Tapi, secara ikhlas, saya menyatakan bahawa PAS sepatutnya kalah, tapi menang juga. Ini bererti kemenangan PAS ini adalah satu bentuk bantuan dari Tuhan yang sangat jelas

Ada beberapa perkara yang tidak berapa masuk akal yang telah berlaku:

1.0 Saya macam tidak boleh percaya bahawa peratus keluar mengundi adalah 87%, yakni hampir dengan 90%. Bukankah ini satu bentuk keganjilan? Ini bererti dari 10 pengundi Manek Urai, 9 orang keluar mengundi. Dan ingat, bahawa sekurang2nya 2000 pengundi diketahui tinggal di luar Manek Urai dan hari mengundi itu adalah hari bekerja.

Dalam Pilihanraya Umum, di mana hari tersebut adalah cuti umum seluruh Malaysia, pun peratus keluar mengundi tidak mencecah 85%?

2.0 Juga, sekiranya PAS benar2 sudah hilang pengaruh, mengapa undi PAS hanya turun sebanyak 400 undi? PAda tahun 2008, PAS mendapat 5748 dan pada tahun ini PAS mendapat 5346. Yakni, kejatuhan kadar undi sebanyak 400 undi?

Kiranya pengaruh PAS benar2 jatuh, undi PAS sepatutnya jatuh sebanyak 1000 ataupun lebih undi. Tapi undi PAS hanya jatuh 400 undi dan ianya bukan menghairankan kerana hari mengundi adalah hari bekerja dan ini adalah pilihanraya kecil.

3.0 Bagaimanakah undi BN naik secara mendadak, yakni dari 4394 pada tahun 2008 kepada 5283 pada tahun 2009. Ertinya berlaku kenaikan mendadak 889 undi.

889 undi adalah 9% dari keseluruhan undi yang telah dibuang (889/10631 = 9%). Ertinya, apa yang dikatakan sebagai "kejayaan BN" ini hanyalah kenaikan mendadak undi BN sebanyak 10% dari undi yang telah dibuang.

Jelas, PAS menang dalam keadaan PAS sepatutnya kalah. Bagi saya telah berlaku penipuan dalam pilihanraya kecil ini yang tidak dapat dibendung oleh PAS. Tapi, syukur, PAS masih menang dan saya yakin Najib dan UMNO semuanya dalam keadaan sedih dan tidak sangka.

Rasuah Politik Tahap Maksimum?

Laporan dari kawan2 yang berkempen menunjukkan berlaku pembelian undi yang sangat dahsyat kali ini.

a. Di satu rumah, pengundi yang dirayu telah menunjukkan kepada perayu-perayu undi PAS 10 kain pelikat dan 12 kain batik yang telah beliau dapat dari perayu-perayu undi UMNO sepanjang kempen. Beliau juga mengatakan bahawa beliau telah mendapat RM2000 setakat ini dari perayu-perayu undi UMNO.

b. Diberitakan askar-askar telah digunakan untuk merayu undi dalam bentuk membina kembali jamban yang rosak, reban ayam yang rosak, mengcat rumah dsbnya. Inilah kali pertama askar melayu diraja Malaysia digunakan untuk berkempen untuk Barisan Nasional.

c. MALAYSIAKINI juga telah menyiarkan "footage" pemberian wang kepada pengundi-pengundi secara terbuka oleh UMNO

dab banyak lagi kesah-kesah pembelian undi yang begitu dahsyat dan tidak bermoral dilakukan oleh UMNO/BN.

Tapi, PAS masih lagi memenangi pilihanraya tersebut. Ahli-ahli PAS juga jangan lupa betapa Khairy Jamaluddin telah mendedahkan betapa terdapat pimpinan2 PAS yang menyokong usaha membawa PAS kepada UMNO.

Dan isu ini juga digunakan oleh BN memburukan Tok Guru Nik Aziz. Kononnya Tok Guru lebih suka sokong DAP dari berkawan dengan UMNO yang beragama Islam.

PAS Defensif Dalam Keseluruhan Kempen atau Isu Yang Digunakan Tidak Efektif

Rata-rata PAS bersikap bertahan. Isu royalti minyak yang dibawa PAS juga amat masaalah bagi orang kampung untuk terus memahami.

Saya terkejut mengapa isu Najib meluluskan 10 lesen judi baru tidak digunakan? Isu itu mudah difahami orang kampung dan mampu menghancurkan serangan mereka kononnya PAS ini mahu berkawan dengan DAP dan tidak UMNO?

Bagi saya, isu itu sudah cukup untuk orang kampung menolak UMNO secara total kerana mereka tidak mahu terlibat dalam aktiviti2 dosa besar.

BAnyak perkara yang mesti dimuhasabah dan dibetulkan oleh PAS. Perlu PAS memulakan projek2 pembangunan secara kecil-kecilan, janji ada.

Tapi tahniah kepada PAS. Dalam keadaan PAS sepatutnya kalah, mereka masih menang mengatasi rasuah politik dan penipuan Barisan Nasional dan UMNO

Tulang Besi

No comments

Powered by Blogger.