MB: Insentif Pasukan Selangor Diumumkan 31 Julai Ini
SHAH ALAM, 26 Julai - Kerajaan negeri bersetuju memberi insentif kepada Pasukan Bola Sepak Selangor yang menjuarai Liga Super musim ini, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, insentif itu bakal diumumkan pada 31 Julai ini bagi memberi laluan kepada Red Giant membuat persediaan menentang kelab Indonesia, Persib Bandung dalam Piala Selangor pada tarikh berkenaan.
Katanya, insentif yang bakal diumumkannya nanti merangkumi imbuhan dan sesi latihan di luar negara sekaligus sebagai persediaan awal menghadapi pertandingan Piala Malaysia.
“Ini sudah kita persetujui saya mereka telah dijangkakan akan membuat lawatan dan juga latihan di luar negeri tapi pengumuman itu saya nak minta akan diumumkan pada 31 Julai supaya kita ada, supaya lepas dia bermain itu dia akan dapat imbuhan dan terus ke luar negeri untuk salah satu daripada imbuhan untuk berlatih dan juga mengenal kelab-kelab yang akan menjadi inspirasi pada mereka yang dulu dan sekarang”,katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah dan trofi juara dan naib juara Kejohanan Liga Super musim ini di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Pada perlawanan akhir malam tadi, Selangor menunjukkan taring dengan membelasah Pahang, 5-1 dan membolehkan Selangor mengumpul 63 mata keseluruhan, berbanding Perlis 53 mata di tangga kedua.
Gol-gol Selangor dijaringkan Saffe Sali minit ke-17 dan 58, Amri Yahya minit ke- 43 dan 63 manakala R Surendran menjaringkan gol penamat pada minit ke-67.
Sementara gol Pahang diperolehi melalui Mohamad Badrul Hisani Abdul Rahman pada minit- 13.
Kemenangan besar Selangor ke atas Pahang membuktikan skuad bimbingan K.Devan sekali lagi melakar sejarah yang cemerlang dalam sukan bola sepak negara.
Tan Sri Abdul Khalid mahu Pasukan Selangor terus memperbaiki prestasi mereka ke tahap yang profesional setelah pelbagai sokongan dan insentif diberikan.
“Mereka dah sudah mempunyai motivasi,mereka faham kerajaan negeri akan bersama-sama dengan syarikat-syarikat kerajaan dan juga syarikat-syarikat swasta akan memberi sokongan kepada mereka dan juga memberi beberapa imbuhan yang patut untuk mereka terus bermain sebagai satu pasukan”.
“Saya rasa ini akan kita umumkan, saya rasa saya tak hendak pengumuman itu terlalu begitu besar, kerana saya rasa apa pun yang kita beri kepada pemain-pemain, coach dan juga kepada manager dan ahli-ahli jawatankuasa saya rasa itu tidak seberapa banyak daripada usaha yang telah mereka lakukan, jadi pada kita ini adalah satu hanya insentif motivasi untuk mereka, dan saya rasa tiba masanya mereka untuk memperbaiki diri mereka sebagai seorang pemain bola profesional dan ruang mereka adalah luas, itu sebab saya galakkan bermain di peringkat antarabangsa mereka dapat satu ruang sebagai pemain bola profesional bukan sahaja mengharumkan negeri Selangor, tetapi negara Malaysia juga dapat menjadi bakal-bakal pemain di peringkat kelab-kelab yang ternama di dunia”,katanya.
Turut hadir pada majlis penyampaian Piala Liga Super malam tadi, Timbalan Presiden FAM, Datuk Ridzuan Tan Sri Sheikh Ahmad dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

No comments
Post a Comment