Menteri Seks..Opss Kesihatan Memberontak?
PULAU PINANG 26 Julai - Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini merayu kepada presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat supaya memberi peluang kepadanya untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai timbalan presiden parti itu.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, rakyat sebenarnya sudah bosan dengan perpecahan yang berlaku dalam parti itu dan pemimpin parti perlu bekerjasama antara satu sama lain bagi memperkukuhkan parti.
“Saya rayu supaya diberi peluang,” kata Dr. Chua, yang juga Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN), pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dengan BN Bukit Gelugor di sini.
Selain itu, beliau juga meminta Ong agar tidak berterusan menimbullkan suasana tegang dalam parti dengan mendakwa ada pihak cuba menjatuhkannya.
Dr. Chua berkata, Menteri Pengangkutan itu sepatutnya memfokuskan kepada usaha mengukuhkan parti dan tanggungjawabnya sebagai menteri. - Bernama

No comments
Post a Comment