Michael Jackson dikebumi di perkuburan Kristian

Sungguh menyedihkan mendengar berita Michael Jackson akan di kebumikan di tanah perkuburan Kristian. Khabarnya walaupun dikatakan Michael Jackson telah memeluk agama Islam dan diakui oleh abang dan sahabatnya tiada hitam putih Michael Jackson telah menukar agamanya menyebabkan keluarga Michael Jackson yang sememangnya Kristian membuat keputusan menyemadikan Raja Pop Dunia itu diperkuburan Kristian.

Umat Islam di seluruh dunia pun tidak boleh buat apa-apa.

Majlis memberi penghormatan terakhir kepada Michael Jackson Selasa ini dijangka menjadi pertunjukan terbesar di dunia, seperti yang diramalkannya ketika hidup.

Kira-kira sejuta orang dijangka menghadiri majlis itu di arena Staples Center di Los Angeles dengan 750 juta lagi peminat menyaksikannya di televisyen.

Keluarga Michael semalam mengesahkan, upacara akan diserikan dengan persembahan dan dan penghargaan daripada beberapa legenda muzik.

Menurut laporan media di Amerika Syarikat, Michael akan dikebumikan dalam keranda bersalut emas 14 karat berharga RM87,000.

Michael Jackson dikebumi di perkuburan Kristian

Michael Jackson akan dikebumi di Taman Peringatan Forest Lawn, Los Angeles, namun begitu keluarga Michael jackson sedang berusaha untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk menyemadikan Michael Jackson di rumah Michael Jackson sendiri iaitu Neverland.

No comments

Powered by Blogger.