MJ Nyanyi Lagu Dakwah? Panas!



Akhbar KOSMO! semalam melaporkan yang pengguna-pengguna Internet kin sedang hangati berdebat sama ada suara yang menyanyikan lagu Give Thanks To Allah di laman web YouTube adalah milik Michael Jackson atau tidak. Tidak kurang juga beberapa komen yang kurang menyenangkan tentang pandangan mereka MJ memeluk agama Islam serta Islam secara menyeluruh.

Dalam laman web itu, seorang pengguna telah memuat naik klik video yang berjudul Michael Jackson - Give Thanks To Allah.


Salah seorang pengguna di YouTube menyatakan suara yang menyanyikan lagu itu bukannya Michael tetapi Zain Bikha iaitu seorang penyanyi terkenal dari Afrika Selatan.

Masalah yang mencetuskan misteri itu adalah kerana klip video dalam laman web tersebut tidak menyiarkan imej bahawa Michael sedang menyanyikan lagu itu.

Perdebatan itu turut berlaku di laman web Imeem dengan seorang pengguna meminta supaya nama penyanyi asal lagu tersebut dihormati.

Bagaimanapun, terdapat pengguna lain yang keliru dengan mempercayai lagu itu dinyanyikan oleh Michael.

Norman Ismail: Mengapa Barat menganggap Islam ini jahat? Sedarkah mereka yang bangsa merekalah banyak menindas kaum lain terutama sekali yang beragama Islam? Siapa pengganas sebenarnya?


No comments

Powered by Blogger.