Nik Aziz - Tokoh Politik islam yg bijak dalam strategi Politik!!!

Ramai orang sering dan cuba mempertikaikan kehebatan dan ketajaman pemikiran beliau didalam mengulas, menganalisa serta melaksanakan strategi politik bagi menentang puak politik zalim dan tidak bertamadun UBN bersama jentera2 kerajaan dan media yg sering disalahgunakan. Ada yg menuduhnya dgn pelbagai panggilan buruk dan mencercanya serta mengutuk beliau sudah nyanyuk dan sebagainya.


Tapi aku sedikit pun tak pernah ragu sejak dari dahulu lagi dan mempercayai sepenuhnya ketajaman pemikiran TGNA dalam menentang lawan politik mereka, puak UBN sejak PAS disingkirkan dari Parti Perikatan dan alhamdulillah membawa Pas dengan jayanya atas slogan dan tema 'Membangun bersama Ulama' yg akhirnya berjaya mempertahankan kerajaan Kelantan selama lebih 2 dekad dan bermula kebaikan yg dilaksanakan dari situlah seterusnya rakyat telah berjaya memberikan Pakatan Rakyat memerintah 5 buah negeri sebelum kerajaan Perak dirampas cara jijik dan tidak bertamadun oleh UBN diketuai Najib.

Pimpinan yang ikhlas, takut, tawadhu' dan bersih dalam pemerintahannya dan dibantu hidayat Allah swt kerana sering membela, memperjuangkan dan berdakwah tentang Islam, sentiasa memohon keredhaan dan memanjatkan kesyukuran beliau kepada Allah dalam setiap keputusan dan perbuatannya, maka Allah telah memberikan ketajaman fikiran dalam mengenal dan membukakan hijab keburukan strategi pihak lawan agar setiap keputusan yg dibuat berjaya membantu perjuangan islam dan mematahkan taktik pihak lawan yg ingin memusnahkan PAS.


Idea dan perancangan UBN menggunakan jentera SPR bagi meminimumkan dan mengkesampingkan jumlah sokongan dan pengundi yg menyokong PAS dgn melaksanakan hari pengundian pada waktu bekerja serta meningkatkan pengundi BN menggunakan pelbagai cara didalam PRK Manek Urai telah berjaya dihidu dan dipatahkan dgn memberikan cuti umum pada hari tersebut. Maka pada hari tersebut, rakyat Kelantan berpeluang melihat perjalanan hari pengundian samada berlaku penipuan atau penyalahgunaan kuasa serta memberikan peluang pengundi berdaftar PRK MU yg tinggal disekitar negeri Kelantan melaksanakan tanggungjawab mereka. Sekiranya pihak UBN cuba menggunakan kakitangan kerajaan bagi menghalalkan kerja haram mereka pada hari tersebut, ia dapat dicegah dgn pemberian cuti khas kerajaan.


Oleh yg demikian, kerajaan pusat terpaksa membayar kerja lebih masa (hari cuti) pada kakitangan yg disalahgunakan oleh mereka dan merugikan kerajaan BN sendiri. Ia juga dapat meminimumkan penggunaan peralatan dan jentera kerajaan sendiri dari disalahgunakan. TGNA disamping itu, membidas Muhyidin yg memancing undi rakyat di Manek Urai dgn membina jambatan baru sekiranya BN menang dgn memetik bahawa kerajaan BN ketika dibawah Pak Lah yg telah isytiharkan utk membina Jambatan Sultan Ismail Kedua pun masih tidak nampak bayangnya telah berjaya menutup fikiran rakyat agar tidak lagi mempercayai janji pihak BN. Jadi, sendiri fikirlah!
Sumber di rujuk dari artikel dibawah. :


Nik Aziz isytihar esok cuti umum - Malaysiakini
Jul 13, 09 11:54am

Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja, lapor Bernama.


"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'cuti peristiwa'. "Dalam semangat prodemokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," Nik Aziz dipetik berkata.Pilihanraya kecil kerusi DUN itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50.Ia diadakan susulan kematian ADUN PAS Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas.


Bercakap di sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu hari ini, Nik Abdul Aziz berkata cuti semasa pilihan raya kecil bukanlah perkara baru, malah pernah dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ogos lalu."Saya tidak tahu mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan hari mengundi pada hari bekerja, sepatutnya (diadakan pada) hari cuti mingguan dan cuti sekolah," katanya seperti dilaporkan.


Menurut agensi berita itu lagi, beliau seterusnya menasihatkan pengundi kawasan DUN Manek Urai supaya beramai-ramai keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab itu "sebagai satu ibadah". Tambahnya, beliau bersyukur orang ramai kini semakin matang berpolitik apabila tidak berlaku sebarang kejadian tidak ingini sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut sehingga ini.



Nik Aziz ragu janji TPM bina jambatan - Malaysiakini
Jimadie Shah Othman Jul 13, 09 11:45am

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat meragui janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai kerana menurutnya, janji lama BN pun belum tertunai.


"Itu baru (janji) kalau (menang). Perdana menteri dulu, Pak Lah sudah isytihar dah, sebelum pilihanraya lagi, hendak buat jambatan Sultan Ismail kedua di Sungai Kelantan. Beliau menegaskan demikian dalam sidang media selepas berceramah di Sungai Peria malam tadi.


Turut hadir berceramah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.Nik Aziz mengulas tawaran kerajaan pusat untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai esok.Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Muhyiddin yang juga presiden Umno petang semalam.


Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.Mengulas lanjut isu tersebut, Nik Aziz berkata, tidak ada sebab rakyat Kelantan perlu mengundi BN kerana di bawah pemerintahan PAS juga, kerajaan pusat membuat pembangunan di negeri itu.


"Dalam keadaan Kelantan di bawah PAS pun, kerajaan pusat dah buat pembangunan banyak. Tak ada sebab pun kita undi Umno sebab rakyat undi PAS dari tahun 1990 sampai hari ini, kerajaan pusat juga buat pembangunannya. "Rumah dia buat, sekolah dia buat, universiti dia buat. Perlu apa orang PAS nak undi Umno. Undi PAS pun (kerajaan) pusat buat juga.


"Dia buat melalui orang lain, melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). (Sebab) dia nak makan, bukan minum sambil menyelam, dia nak makan sambil menyelam," katanya yang juga mursyidul am PAS.

No comments

Powered by Blogger.