Ong Tee Keat Dan Konco Diselar Timbalan Presiden MCA

Ong Tee Keat Dan Konco Diselar Timbalan Presiden MCA

Melawan arus rakyat, tiga Menteri dan tujuh Timbalan Menteri MCA menyatakan sokongan tidak berbelah-bagi kepada Kementerian Pengangkutan Ong Tee Keat dan peranannya beliau dalam mengendalikan skandal RM12.5 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka berkata sekarang adalah masa yang terbaik untuk menyatakan sokongan dan saf yang rapat untuk Ong.

Mereka juga menyokong pendirian Ong yang didakwa meletakkan keutamaan pada kepentingan rakyat.

Timbalan Presiden Chua Soi Lek bagaimanapun memperlekehkan pertunjukkan menteri dan timbalan menteri MCA ini. Beliau berkata tindakan mereka itu tidak memberi impak seperti yang diharapkan kerana kesemua 10 individu terbabit dilantik oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak atas saranan Ong Tee Keat.

“Sebagai Presiden MCA, dia boleh arahkan semua menteri dan timbalan menteri untuk tandatangan akuan sokongan itu,” kata Chua.

Apa yang lebih afdal adalah rakyat lebih prihatin kepada soal penyalahgunaan wang pembayar cukai dalam projek PKFZ dan apakah projek ini mempunyai kewajaran ekonomi.

MCA, kata beliau, seharusnya mencari penyelesaian kepada skandal ini tanpa menjejaskan imej Barisan Nasional.

“Presiden MCA memberi penekanan bahawa kita harus bekerja kuat untuk memenuhi jangkaan orang awam. Ini lebih penting dari memenuhi keperluan ahli-ahli MCA,” tegas Chua.TVA

No comments

Powered by Blogger.