Pas kena fikir dua kali kalau orang macam Ibrahim Ali

Ibrahim Ali yang diberi peluang bertanding atas tiket Pas dan lambang Pas dalam pru-12 yang lalu sedang menghidangkan racun kepada Pas. Tindakan beliau yang jadi ketua PERKASA akan bersama-sama Pewaris untuk untuk demo sokong akta zalim itu pada 1 ogos nanti , tarikh yang sama demo GMI minta ISA dihapuskan. Beliau berkata walaupun akan jadi 'huru-hara' kerana berlaku pertembungan tersebut pihaknya tetap akan demo juga.

Pertimbangan yang silap oleh Pas yang bagi peluang kepada Ibrahim bertanding atas tiket Pas di Parlimen Pasir Mas seharusnya tidak berulang lagi.Sekarang walaupun Brahim bertindak solo dalam Parlimen tapi jelas beliau lebih banyak condong kepada Umno dalam banyak hal. Kerusi yang sepatutmya jadi milik Pas telah diberikan kepada orang yang memburuk-burukkan dalam apa saja yang Pas lakukan.

Sebelum pru-12 yang lalu Brahim dilihat condong kepada Pas tapi setelah menang kerusi Pasir Mas atas sokongan orang-orang Pas ,Brahim telah 'kenakan' Pas yang percayakan orang seperti Brahim.

katak pasir mas!

http://misaimerah.blogspot.com/2009/07/pas-kena-fikir-dua-kali-kalau-orang.html

No comments

Powered by Blogger.