Pemimpin Umno Masuk Kem Motiwasi? Duit Rakyat Lagi?
SHAH ALAM: Pemimpin Umno di semua peringkat akan mengikuti program latihan dan motivasi bermula bulan depan bagi menyuntik semangat baru untuk mengukuhkan kepemimpinan parti ke arah memperjuangkan nasib orang Melayu dan masyarakat Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program yang digerakkan secara besar-besaran itu akan dimulakan dengan pembabitan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno di Institut Latihan Memperkasa Umno (Ilmu) di Janda Baik, Pahang, sebelum Ramadan.
Katanya, program yang dipersetujui pada peringkat Jawatankuasa Pengurusan dan MT Umno itu akan diperluas ke seluruh negara membabitkan ratusan ribu pemimpin Umno peringkat bahagian dan cawangan.
“Kita akan guna modul baru. (Naib Presiden Umno) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Jawatankuasa Latihan akan menye-diakan modul baru untuk diguna pakai bagi melatih semula pemimpin Umno pada semua peringkat.
“Kita mahu perubahan dapat dilihat oleh masyarakat dalam tempoh seberapa cepat yang mungkin,” katanya yang juga Timbalan Presiden Umno selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Shah Alam, di sini, semalam.
Muhyiddin berkata, pemimpin Umno yang menyertai program itu akan didedahkan pendekatan baru lebih bersifat mesra rakyat supaya mereka tahu apa yang harus dilakukan pada peringkat cawangan dan bahagian masing-masing.
Di TANJUNG KARANG: Muhyiddin berkata, adalah penting bagi parti komponen BN mengambil langkah segera menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing.
Katanya, selagi MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka, agak susah untuk memulihkan imej parti dan meyakinkan rakyat mengenai kekuatan parti.
Muhyiddin berkata, Umno menghadapi cabaran yang besar berikutan landskap politik negara kini sudah banyak berubah.
Katanya, ada pihak membuat pelbagai andaian sama ada Umno akan terus kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak atau sebaliknya.
Beliau berkata, pada masa sama pembangkang yang kini juga menjadi kerajaan melakukan tindakan yang dilihat amat tidak bertanggungjawab, meletakkan Umno berada dalam keadaan tercabar.
rasuah tetap rasuah! kalau pemimpin utama pun haprak!

No comments
Post a Comment