Penarik Beca Kata Kalau Jatuh Bangunan Macam Mana Seluar Boleh Koyak?

Dalam posting bertajuk "Jatuh dari bangunan, lagu mana seluar terkoyak?", terdapat komen-komen yang dipercayai dari penyokong Umno yang membayangkan skrip yang akan dibuat untuk mencuci tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tragedi terbunuhnya Teo Beng Hock under SPRM custody.

Sebelum ini, saya tulis posting bertajuk "Kongsi gelap dalam kerajaan Selangor?" dan "WCK kata ada bukti pejabat Exco Selangor tempat bertemu kongsi gelap" sebagai tanda saya menyokong pendedahan Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

Jangankan orang lain, kalau Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat buat tak molek dan orang lain dedahkan, aku sokong!

Kita memerlukan ahli-ahli politik yang bersih. Bukan macam orang yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Tetapi, mengaitkan terbunuhnya Teo Beng Hock under SPRM custody dengan kongsi gelap memang semakin menarik siasatan spy-spy Leman yang kita raikan.

Katakan memang benar Teo dibunuh kongsi gelap. Di mana? Dalam bahasa Mat Salleh depa kata, "within SPRM vicinity". Teo terbunuh "within SPRM vicinity" dan "under SPRM custody".

Ingat lagi kenyataan Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull?

Malaysiakini melaporkan Mamat tu berkata, mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teoh - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam enam pagi.

Kalau boleh jumpa Teo merayau kat situ pada jam enam pagi, macam mana pulak tak nampak orang lain yang dicurigai? Dah kata kongsi gelap datang dan bunuh, mana dia keterangan bahawa pihak SPRM juga mengesyaki beberapa orang atau seseorang yang dicurigai dalam kawasan berkenaan?

Mengapa SPRM tidak jaga keselamatan saksi penting mereka? Ya tak ya jugak, buat apa SPRM nak bunuh saksi penting mereka?! Tentulah SPRM akan memastikan Teo sentiasa in one piece to facilitate their investigation. Tup, tup, Teo terbunuh "within SPRM vicinity" dan "under SPRM custody". Hebat tu!!

Selamat datang teori kongsi gelap bunuh Teo! Selamat berjaya!

Berkaitan:
Orang terakhir jumpa Teo: Saya didera SPRM... (Malaysiakini 17/7/08)
Last man to see Teoh: MACC threatened me (Malaysiakini 17/7/08)
SPRM juga menyiksa orang disiasat (orang Umno - sama-sama Umno pun kena, apa lagi kita!)

No comments

Powered by Blogger.