Perkhidmatan Awam Tidak Seharusnya Menyusahkan Orang Ramai
SHAH ALAM, 21 Julai - Piagam Pelanggan haruslah menjadi teras dan dipatuhi supaya pelanggan atau stekeholders mendapat layanan dan perkhidmatan yang sepatutnya.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud berkata, pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri haruslah dirujuk dan dipatuhi dalam mentadbir sesuatu organisasi.
Menurutnya, pegawai awam tidak seharusnya menyusahkan orang ramai atau pelanggan, sebaliknya menggunakan prosedur sedia ada sambil menambah baik perkhidmatan yang diberikan.
Datuk Ramli berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Meningkat Mutu Kerja (KMK) ke -22, 2009 peringkat negeri Selangor, di Dewan Jubli Perak, Shah Alam hari ini.
Beliau turut mengingatkan pegawai dan kakitangan awam untuk menghayati pekeliling akujanji produktiviti negeri Selangor 2008 bagi mencapai piagam pelanggan dan membuat pembaikan pada tahun ini.
Konvensyen selama dua hari ini disertai 23 kumpulan KMK, terdiri daripada Jabatan Kerajaan dan sektor swasta bagi membincangkan pelbagai permasalahan di agensi dan jabatan kerajaan.
Antara panel yang terlibat dalam penilaian hasil kerja Kumpulan KMK ialah Yayasan Nelayan Malaysia,Tenaga Nasional Berhad,WNA System Inovation Sdn.Bhd. dan Lembaga Tabung Haji.
Penstruktur semula dalam penilaian anugerah pengurusan pejabat dan pentadbiran cemerlang atau APPC di negeri Selangor akan dilaksanakan mengikut konsep Star Rating dan Pasukan Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).
Setiausaha Bahagian Korporat kerajaan Selangor yang juga Urusetia Konvensyen ini, Hassan Manaf berkata PEMUDAH ditubuhkan Mac lalu bagi sektor awam dan swasta berbincang mengenai isu-isu semasa dalam perkhidmatan teras. - TV SELANGOR

No comments
Post a Comment