Samy Aney Kata Tak Da Apa. Muhyiddin Pulak Gelabah?

KAMPALA 26 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta MIC dan juga parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya mengambil iktibar daripada keputusan bekas Naib Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam dan pemimpin BN lain menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN menegaskan, walaupun Subramaniam sebelum ini 'tidak ada lagi dalam gelanggang utama MIC' namun parti itu dan parti komponen BN yang lain perlu mengambil pengajaran dan melakukan kajian mengenai punca-puncanya.

"Itu (menyertai PKR) satu keputusan yang dia buat sendiri (oleh Subramaniam), saya sudah lama tak jumpa Subra kerana dia sudah lama menghilangkan diri, tiada lagi dalam gelanggang utama MIC. Kita harus ambil iktibar, bukannya kita hendak kata 'tak apalah benda itu berlaku'," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berada di sini untuk menghadiri Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) di Munyonyo Commonwealth Resort dekat sini yang bermula hari ini hingga Selasa ini


kahkahkahkah.... balik cepat muhyiddin . kahkahkah... mana najib? ayo tamby samy. lu jangan bohong rakyat la wei!

No comments

Powered by Blogger.