Semalam Kata 5 Negeri, Pagi Ni Kata 4 Negeri!

Pegawai kementerian pulau mesyuarat 4 negeri

KUALA LUMPUR: Kakitangan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di empat negeri Pakatan Rakyat (PR), dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan negeri, daerah dan kursus anjuran kerajaan negeri terbabit.

Menterinya, Datuk Noh Omar, berkata arahan itu berkuat kuasa serta-merta dan ia dilaksanakan berikutan kerajaan pembangkang di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan gagal memberi kerjasama termasuk tidak pernah menyalurkan peruntukan kewangan kepada jabatan dan agensi kementerian untuk menjalankan program dan projek berkaitan pembangunan pertanian dan masyarakat petani, nelayan dan penternak di negeri berkenaan.

Beliau berkata, selama ini hanya kerajaan Pusat menyediakan peruntukan bagi membantu memajukan sektor pertanian dan golongan berkenaan.


ni mesti mamak zambry kal berita harian kahkahkahkah...

No comments

Powered by Blogger.