sharizat hina kerajaan tok guru nik aziz..kata tak jaga rakyat! pirahh!!!!!

KUALA KRAI 5 Julai — Pengundi di Manik Urai perlu menolak calon PAS dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai isyarat bahawa mereka tidak mahu terus hidup dalam serba kekurangan di bawah kerajaan negeri Kelantan yang tidak mampu menjaga kebajikan rakyat negeri itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pengundi Manik Urai perlu mengambil peluang ini memandangkan kerajaan negeri itu juga gagal menyelesaikan masalah kemiskinan tegar yang melingkari kebanyakan penduduknya sejak hampir 20 tahun menguasai Kelantan dan hanya bergantung kepada peruntukan yang diberi kerajaan pusat.

“Pusing-pusing saja di Kelantan, lihat sendiri, Manik Urai lagi teruk.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai ini peluang untuk rakyat beri isyarat bahawa mereka tidak mahu lagi berterusan begini,” katanya.

Beliau berkata tanpa peruntukan yang disalurkan kerajaan Barisan Nasional (BN) masalah kemiskinan tegar di Kelantan akan bertambah parah.

“Jika tiada bantuan dari kerajaan BN, (kerajaan Kelantan) dah tutup kedai lama dah. Pada tahun 2007 kita belanja dekat RM27 juta. Perbelanjaan negeri hanya RM10 juta.

“Tahun lepas kita belanja RM41 juta, dia hanya RM11 juta. Tahun ini saja kita dah belanja RM21 juta dia, dia baru RM2 juta tapi riuh rendah cerita dalam ceramah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 106 penerima yang terdiri daripada kumpulan sasar kementerian berkenaan di Kampung Laloh, di sini. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas. Penamaan calon akan diadakan esok dan jika ada pertandingan hari pengundian pada 14 Julai. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.