Si Derhaka Ibrahim Ali...akan Berentap Dengan TG Nik Aziz di Istana Negara.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi kata dua kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) supaya membatalkan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara bagi membantah akta itu pada 1 Ogos ini.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika ia dipersetujui, pihaknya akan merayu Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) supaya membatalkan demonstrasi menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijadual berlangsung pada tarikh dan kawasan yang sama.
Sekiranya tidak diendahkan GMI, Ibrahim menegaskan pihaknya akan turun padang menyertai demonstrasi Pewaris dan menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menyertainya.
Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa memastikan rancangan GMI itu digagalkan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
"Perkasa tak pernah turun ke jalan raya tunjuk perasaan, namun apabila kita komited kita akan genggam bara api sampai jadi arang, kita bukan turun (berdemonstrasi) untuk main- main.
"Saya sendiri sudah lama tak berucap pada acara tunjuk perasaan tapi kalau saya sudah mula, saya tidak akan berhenti," tegasnya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Bai : TGNA telah memberikan persetujuan untuk turun
dalam Demontrasi Mansuh Isa pada 1 Ogos ini.
Si Ibrahim Ali perlu ingat,sudah berapa
ramai pejuang islam dikurung dan dizalimi tanpa bicara oleh akta zalim ini.
Malah TGNA adalah insan yang cukup terasa dan sensitif dengan akta ini,apabila anak beliau ditangkapdan disumbat kedalam Isa tanpa diketahui apakah kesalahannya.Jangan kerana ingin
menjilat kembali ludahan kamu terhadap pemerintah.
Lantas kamu sanggup melukakan hati seorang insan yang bernama TGNA yang telah dengan senang hati memberikan kamu kedudukkan seperti adanya kini.Jangan sombong dan bongkak.. kamu hanya menjadi barua puak-puak Umno apabila mereka inginkan keringatmu,maka kamu diangkat dan disanjung.Lalu kamu alpa dan terperasan mereka memuja kamu..sebenarnya kamu di tipu dalam terang,lalu terikut dengan apa yang telah mereka rancang..
http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

1 comment
Kalau nak cakap pasal Islam janganlah sekerat sekerat- macam ketam tumpul. Mengapa tumpu pada ISA? ISA zalim? Undang Undang yang diguna pakai sekarang tidak zalim?? Penal Code, Criminal Procedur Code, Evident Act sekarang tidak zalim?? Sek 376 yang membenarkan zina kepada mereka yang melebihi 18 tahun tidak zalim?? Hukum mahkamah syariah yang hanya boleh menjatuhkan hukum tak lebih dari 3 tahun penjara, tak lebih RM5,000 denda dan 6 sebatan tak zalim?? Perlembagaan lord reid yang meletakkan Perundangan Allah dalam Al Quran, kerana bertentangan dengannya, sebagai batal tidak zalim???
Perjuangkan Islam itu secara syumul dan syamil.. bukan mengikut nafsu dan selera penyokong!!! Takutlah kepada Allah, bukan takut kepada kalah!!
Seribu satu macam kemungkaran yang ada di depan mata, mengapa ISA dijadikan sasaran??
Berapa ribu orang yang kena ISA?? Tahukah anda apa sebenarnya Internal Security Acts itu?? Sudahkah anda membaca dan memahami semangat ISA itu atau hanya terikut ikut dengan mereka yang takut menjadi mangsa ISA akibat dari salah laku mereka sendiri.
Sebagai rakyat Malaysia..tahukah anda bagaimana akta dan undang undang digubah??? Bukankah akta itu berpunca dari parlimen, diusul, dibahas dan diluluskan di parlimen.. tetapi bagaimana anda mahu memansuhkannya dengan cara menunjuk perasaan dan berarak serta berhimpun semata mata untuk menghantar satu memorandum. Apakah jadahnya wakil parlimen yang kamu pilih selama ini?? Mengapa mereka tidak mengunakan medan dan ruang yang ada untuk memansuhkannya?? Kamu mahu pihak majoriti akur dengan tuntutan 5,000,000 pengikut parti kamu tetapi kamu mahu menafikan hak 20,000,000 rakyat yang lain?
Saya cadangkan kamu bergiat dalam pertubuhan kongsi gelap. Selepas itu baru kamu tahu betapa susah dan sukarnya pihak penguat kuasa undang undang untuk memerangkap dan mendakwa kau di mahkamah..di situlah ISA memainkan peranannya.
Tanya diri sendiri..apa yang kamu takutkan dengan ISA?? Apakah anda bergiat dalam kegiatan haram seperti judi, pelacuran, dadah dan penyeludupan?? Atau terlibat dengan grombolan bersenjata untuk melakukan pemberontakan??
Alangkah mudahnya kalau anda mahu memansuhkan ISA iaitu dengan hanya tidak melibatkan diri dengan aktiviti aktiviti yang boleh menganggu gugat keselamatan awam atau negara!!!
Terdapat seribu satu macam hujjah tetapi semuanya tidak akan berguna kepada mereka yang tidak mengetahui!!!
Post a Comment