Sikap Angkuh dan Zalim Pendakwaraya Amat Dikesali

Permohonan menangguh sidang perbicaraan buat beberapa minggu untuk membolihkan saya mendapatkan ketua pasukan guaman baru ditolak.

Saudara Sivarasa menyatakan bantahan keras sabelum meneruskan dengan penghujahan. Saudara Edmund dan Amir kemudiannya memperkukuh alasan untuk mendapatkan dokumen dan keterangan; termasuk isu konspirasi, kes memalsukan keterangan dan lain-lain.

Jawapan pendakwaraya saperti biasa menyentuh “kuasa” mereka, mengenepikan sama sekali prinsip keadilan. Amat dikesali sikap angkuh dan zalim beliau tatkala mempertahankan hukuman ke atas Sukma Darmawan.

Menurutnya, keterangan pakar forensik bahawa tidak ada sebarang masukan dalam dubur tidak relevan kerana beliau (Sukma) telah mengaku.

Waduh, si bahlul pun faham “pengakuan” orang yang didera dalam lokap saperti yang kemudiannya disahkan olih hakim Mahkamah Rayuan!

Satu dasawarsa telah berlalu, dan tak banyak yang berubah. Kepada yang mahu kes disegerakan, tanya saja Mahkamah Syari’ah - mengapa lembab satelah satu tahun berlalu?

Ikut hukum Islam atau pimpinan parti?

ANWAR IBRAHIM

No comments

Powered by Blogger.