Dewan Rakyat kecoh pembangkang minta laporan audit PKFZ
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pagi ini kecoh apabila beberapa wakil rakyat pembangkang minta laporan audit PricewaterhouseCoopers (PwC) mengenai projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) diserahkan kepada Ahli Parlimen hari ini.
Pembangkang mendakwa laporan itu sepatutnya diserahkan kepada semua Ali Parlimen sebelum sesi Dewan Rakyat berakhir hari ini.
Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee kemudian menjelaskan laporan itu sebenarnya belum diserahkan kerana Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) masih melakukan siasatan terhadap isu PKFZ.
No comments
Post a Comment