SUKSES 2009:14 rekod baru diperbaharui
SHAH ALAM, 26 Julai - Empat rekod baru olahraga dan 10 lagi dalam acara memanah, dicipta sepanjang Kejohanan Sukan Selangor (Sukses) yang berlangsung sejak 1 Julai lalu.
Empat rekod olahraga itu dicipta Shahrin Salamat menerusi acara lontar peluru lelaki dari Kontinjen Gombak dengan catatan 13.57 meter, berbanding rekod lalu, 12.19 meter.
How Mei Ting dari kontinjen Petaling pula mencipta rekod merejam lembing dengan catatan baru 31.40 meter, berbanding 29.94 meter.
Rekod baru bagi acara 100 meter wanita pula dicatat oleh atlit Hulu Langat, Raja Nursheena dengan 14.77 saat, berbanding rekod lamanya 14.9 saat.
Satu lagi rekod kejohanan diperbaharui oleh kontinjen Gombak dalam acara 800 meter hepthathlon dengan mengutip 3,731 mata, berbanding 2,771 mata sebelum ini.
Sukses yang masuk hari terakhir, hari ini menyaksikan kontinjen Petaling masih bertahan di tangga teratas dengan kutipan 35 pingat emas, 25 perak dan 28 gangsa.
Keputusan rasmi sehingga jam 5.00 petang tadi juga menunjukkan kontinjen Hulu Langat masih kekal berada di tempat kedua dengan 24 pingat emas, 15 perak dan 19 pingat gangsa.
Sementara Sepang pula menduduki tempat ketiga dengan pungutan 20 pingat emas, 25 pingat perak dan 35 pingat gangsa.
Pagi tadi, TV Selangor sempat meninjau lokasi sukan Gimnasium Seksyen 6, dengan acara silambam, gimnastik dan gimrama.
Silambam merupakan acara baru yang dipertandingkan dalam Sukses kali ini.
Pengerusi Persatuan Silambam Selangor, N Chandra Sengaran ketika ditemui berkata, walaupun sukan ini baru sahaja diperkenal dan dipertandingkan tahun ini, penyertaan peserta dari beberapa daerah, ternyata tidak mengecewakan.
Hanya Kontinjen Sepang dan Sabak Bernam tidak menghantar wakil kerana belum bersedia menguasai acara sukan itu.
Sementara itu, beberapa peserta yang ditemui pagi tadi turut berpuas hati dengan pencapaian mereka setakat ini dan berharap kejohanan ini membuka peluang kepada mereka untuk mewakili Selangor dalam Sukan Malaysia (SUKMA), tahun depan.
Atlit Gimrama, Alice Masdewi Cheah dan Chiam Szi Yun berkata, mereka mendapat galakan sepenuhnya daripada keluarga dan berazam untuk menyertai Sukma tahun depan.
Sementara M Shalini, yang memenangi pingat emas (Kategori 51-55 kilogram) dalam acara silambam, turut berazam memperbaiki pencapaiannya hari ini.

No comments
Post a Comment