‘Supply base’ pantai Kelantan akan dibina segera
Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, Julai 17 — Projek pembinaan Pengkalan Penghantaran (supply base) bagi aktiviti pengeluaran minyak Kelantan di kawasan bertindih antara Malaysia, Thailand dan Vietnam, akan dibina setelah ia mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri.
Menurut Husam, projek tersebut akan dibina di Kuala Besar, lebih kurang 20 kilometer dari pusat bandar, Kota Baru, sebagai lokasi penghantaran hasil berkenaan.
Isu hak untuk mendapat royalti minyak RM1 bilion dari Petronas menjadi isu penting dalam pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini.
Selain menuntut royalti, Kelantan juga menuntut supaya dinaikkan minyak dari perairan Kelantan ke pantai negeri itu.
Ia bertujuan untuk membolehkan ia menjadi pemangkin pembangunan Kelantan. Lagipun, pantai Kelantan adalah yang terdekat dengan kebanyakan telaga minyak yang ada.
Kerajaan negeri melalui sebuah syarikat telah mencadangkan pembangunan pengkalan penghantaran dikendalikan oleh pihak swasta dibangunkan di Kuala Besar setelah mengambil kira jarak paling hampir dengan kawasan pengeluaran Joint Development Area (JDA) melibatkan Malaysia-Thailand dan Vietnam Commercial Area Agreement (CAA) melibatkan Malaysia-Vietnam.
Pengkalan Penghantaran bakal dibangunkan bukan sahaja berfungsi untuk penghantaran bekalan atau makanan, bahkan ia juga akan menjadi lokasi pusat pembaik pulih kapal dan vessel termasuk aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.
“Pengkalan ini akan memberi banyak manfaat kepada rakyat tempatan yang akan menawarkan banyak peluang ekonomi, pekerjaan dan sebagainya” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang telah meluluskan permohonan berkenaan.
Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mencadangkan satu zon ekonomi eksklusif pengeluaran petro kimia dibangunkan di Bachok.
Sehubungan itu, melalui mesyuarat exco, kerajaan meluluskan penubuhan jawatankuasa khas bagi tuntutan royalti petroleum dan gas yang didakwa tertunggak sebanyak RM1 bilion.
Beliau yakin Najib akan memberi kerjasama baik terhadap tuntutan dibuat oleh kerajaan negeri seterusnya meluluskan tuntutan tersebut. Wakil kerajaan negeri akan berjumpa dengan Perdana Menteri selepas pulang dari mengerjakan umrah untuk membincangkan perkara yang berkaitan.

No comments
Post a Comment