Suruhajaya Diraja Perlu Bertindak Telus; Khalid Samad

SHAH ALAM: Suruhajaya Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock perlu bertindak secara telus, tanpa melibatkan kepentingan mana-mana pihak.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, setakat ini apa yang boleh dilihat ialah sejauh mana Suruhanjaya ini bertindak menjalankan siasatan tanpa dicemari campur tangan Barisan Nasional.

“Royal commission yang ingin ditubuhkan ini kita harap ia bertindak seperti mana yang sepatutnya. Jika dengan royal commission juga tidak bebas ianya bertindak kepentingan tertentu, akhirnya rakyat akan menganggap sudah hilanglah apa-apa harapan untuk mencapai keadilan untuk rakyat jelata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Shah Alam untuk memberi sokongan kepada lapan individu yang dipanggil merakamkan keterangan berhubung kematian Setiausaha Politik, Exco Selangor, Teoh Beng Hock, Khamis lalu.

Menurutnya, rakyat boleh menerima penubuhan Suruhanjaya Diraja, tetapi bergantung kepada siasatan dan keputusan yang dapat memuaskan hati semua pihak.

Tambahnya lagi, perkara ini juga memberi amaran kepada agensi penguatkuasaan yang melakukan penderaan kepada tahanan semasa soal-siasat dan ia perlu dihentikan segera.

“ Satu lagi pekara, perlu diterima sebagai normal practice, penderaan semasa tahanan, penderaan semasa soal siasat, this cannot carry on. Benda macam ini perlu dikutuk oleh semua pihak, You have to respect people, u have to respect their right,” katanya

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne berkata, Suruhanjaya Diraja nanti perlu terdiri daripada mereka yang tidak berkepentingan dan dapat menyiasat dengan telus dan membuktikan kebenaran yang ditunggu oleh rakyat.

“The member of Suruhanjaya is also more important, we don’t want Musa Hassan and Ghani Patail, we want somebody who say of this as well,” katanya

No comments

Powered by Blogger.