Suruhanjaya DiRaja Mestilah Menyiasat Punca Kematian Mendiang Teoh
Akhirnya Dato’ Sri Najib Razak tunduk kepada desakan rakyat Malaysia yang mahukan Keadilan buat mendiang Teoh Beng Hock. Hari ini kabinet memutuskan serta akur kepada pandangan agar sebuah Suruhanjaya Diraja diwujudkan.
Cumanya, jika kita meneliti pengumuman berkaitan, berdasarkan terma-terma khusus yang digariskan kabinet, Suruhanjaya tersebut hanyalah untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunapakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan bukannya untuk menyiasat punca sebenar kematian Sdr Teoh Beng Hock. Terma tersebut pastinya membatasi penyiasatan serta penelitian Suruhanjaya Diraja sekaligus tidak berjaya menghalang terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi keadilan dan keselamatan negara ini serta tidak menjawab teka-teki yang menyelubungi kematian Mendiang Teoh.
Umum menyedari kaedah penyiasatan yang digunakan SPRM dikritik hebat antaranya oleh Majlis Peguam Malaysia. Sayugia diberi perhatian, Peraturan 20, Peraturan Lokap 1953, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 28A(4) Kanun Acara Jenayah serta Konvensyen Menentang Hukuman yang Menyiksa, Zalim danTidak Berperikemanusiaan telah melakarkan secara jelas kaedah-kaedah yang harus digunapakai sewaktu penyiasatan. Kerajaan sewajarnya memastikan SPRM bertindak mengikut lunas undang-undang yang sudahpun tersedia. Saya berpandangan Suruhanjaya Diraja yang bakal diwujudkan ini sepatutnya lebih menumpu untuk menjawab punca sebenar kematian mendiang Teoh Beng Hock.
Berhadapan dengan kemarahan rakyat yang kian memuncak, tidak wajarlah penyiasatan untuk menentukan punca kematian diserahkan kepada seorang majistret dan siasatan pula dikendalikan pihak Kementerian Dalam Negeri serta Polis. Kerajaan seharusnya sedar desakan mahukan sebuah Suruhanjaya Diraja didasari ketidakyakinan rakyat terhadap integriti serta kebebasan institusi seumpama Polis dan Kementerian Dalam Negeri.
Saya yakin rakyat Malaysia tidak mahu Suruhanjaya Diraja ini berakhir seperti penyiasatan video VK Lingam dan kes serangan bekas ketua polis negara terhadap saya. Sehingga kini tiada tindakan susulan yang bermakna diambil. Segala saranan serta hasil siasatan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja hanya menemui jalan buntu demi menjaga kepentingan sesegelitir. Jika inilah jalan yang mahu ditempuh pastinya kerajaan umno-bn membawa negara kita menuju kehancuran.
ANWAR IBRAHIM

No comments
Post a Comment