Teoh Beng Hock.. Najib hantar bunga, tapi Utusan Malaysia??


Bunga dan Takziah dari Najib..


Dari Ong Tee Keat


Berbeza dengan Najib dan Ong Tee Keat.. Ini tulisan editor dari Utusan dan Berita Harian yang dikuasai olen UMNO/BN.. nampak lebih sudu dari kuah..

1 ) Mingguan Malaysia: Antara misteri dan politiking (Awang Selamat)

Anehnya, tindak-tanduk pembangkang khususnya DAP dan PKR dalam isu kematian Beng Hock dilihat keterlaluan. Laman blog pembangkang sudah membuat pelbagai tuduhan liar terhadap SPRM biarpun siasatan baru bermula. DAP dan PKR turut mengatur demonstrasi bagi menyemarakkan sentimen anti kerajaan.

Seandainya ada salah laku di peringkat SPRM, Awang yakin ia tidak akan ditutup dan yang bersalah perlu diheret ke mahkamah. Bagaimana pula jika ia adalah kes bunuh diri, yang kita tidak boleh tolak kemungkinan ini? Mungkinkah juga ada pihak ketiga yang terlibat dalam punca kematiannya dan jika benar, siapakah gerangannya? Apakah ia ada kaitan dengan politikus mahupun pihak lain yang mempunyai hubungan dengan pergerakan politik tertentu?

Tetapi Awang tidak terkejut dengan reaksi keterlaluan parti pembangkang tertentu yang bertujuan mempolitikkan isu tersebut. Sepatutnya mereka menghormati proses siasatan. Mungkin ini muslihat untuk mengalihkan perhatian kepada isu sebenar iaitu siasatan terhadap beberapa exco pembangkang menyalahgunakan peruntukan kewangan kerajaan negeri dan isu-isu lain yang makin menghimpit parti pembangkang di negara ini.

Awang harap SPRM tidak akan goyah dalam siasatan mereka. Siasat tetap siasat. Dalam kaitan ini, pihak polis diharap memperhebatkan siasatan terhadap aduan polis Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang mendakwa ada kaitan exco kerajaan negeri Selangor dengan kongsi gelap. Ahli Parlimen pembangkang sendiri membuat aduan polis terhadap pembangkang. Apakah benar dakwaannya itu? Jika benar ia sesuatu yang serius. Sementara kes kematian Beng Hock meninggalkan misteri, ia pada masa yang sama menawarkan ruang politiking baru bagi parti dan pemimpin pembangkang yang lebih terdesak memerlukan isu seperti itu sekarang.

2 ) Berita Minggu: Kematian Teoh timbulkan pelbagai spekulasi politik(NSTP Group Editor Zainul Ariffin)
Kita faham ramai yang marah. Kita juga tahu ramai yang bersedih dengan kematian Teoh. Semua orang ada abang, adik, anak, suami, kawan dan faham serta simpati kepada pemergian orang muda seperti Teoh yang masa hadapannya nampak cerah.
Bukan orang Cina atau penyokong Pakatan Rakyat saja yang tahu marah dan mahukan keadilan.

Namun, elemen perkauman dimasukkan oleh beberapa ahli Dewan Negeri Selangor apabila mereka disiasat sama ada menyalahgunakan peruntukan dan kuasa oleh SPRM, walaupun anggapan ini salah kerana ada Adun Melayu disiasat juga.

Namun keraguan timbul, terutama di kalangan bukan Melayu bahawa SPRM, yang semestinya seperti agensi kerajaan lain banyak pekerja Melayu, secara selektif memilih bukan Melayu untuk disiasat.

Apabila mangsa kemalangan pula orang bukan Melayu, yang sebelumnya disiasat orang Melayu, bertambah hebatlah spekulasinya. Di alam maya internet tidak susah mencari kesimpulan berunsur perkauman.

Adakah ini politik? Peduli apa kesannya kepada negara asalkan popular. Walau dihias dengan kata-kata manis seperti hak asasi ataupun ketelusan atau keadilan, yang jelas, kadang-kadang, agenda perkauman nyata.

Kenapa, contohnya perlu kerajaan Selangor mahukan pakar bedah swasta untuk siasat kematian Teoh? Adakah pakar hospital kerajaan tidak layak? Atau tidak boleh dipercayai?

Kenapa Menteri Besar Selangor, seorang Melayu, meragui kebolehan orang sebangsanya bertindak dengan tulus dan adil?Bukankah banyak pegawai agensi atau institusi kerajaan orang Melayu? Adakah polis, hakim, guru, penyiasat, doktor, pensyarah Melayu semuanya tidak boleh dipercayai?

Percayalah, inilah yang berlaku apabila kita sama naik menabur syak pada agensi dan institusi kerajaan. Layari sahaja laman internet untuk mengetahui apa yang dikatakan mengenai institusi-institusi yang kebanyakan diketuai dan dipenuhi oleh orang Melayu.
Bukan ahli dan penyokong parti politik saja yang mahukan keadilan. Orang lain pun begitu. Tetapi jangan semua institusi diruntuh. Janganlah termakan kata-kata orang, yang agendanya kadang-kadang hendak mempersoalkan kebolehan orang Melayu.
.
TIDAKKAH KEDUA-DUA ARTIKEL DIATAS BERBAU PERKAUMAN??







Semua gambar-gambar dari : Screenshots

No comments

Powered by Blogger.