tok pa sudah mula panas akan isu minyak!
"Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, boleh menghantar surat mengenai royalti itu tanpa sebarang halangan dan Kerajaan Pusat akan menjawabnya mengikut apa yang termaktub dalam undang-undang," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, kecewa dengan tohmahan pihak tertentu yang mendakwa beliau menjadi dalang yang menyekat segala pembangunan ke negeri ini.
Beliau berkata, jika benar beliau bersikap demikian terhadap Kelantan, adalah mustahil untuk negeri ini menikmati segala kemajuan seperti dikecapi sekarang yang sebahagian besar sumber kewangan serta projek mega disalurkan Kerajaan Pusat.
"Saya kecewa dengan tohmahan pihak tertentu mengatakan saya bertanggungjawab menyekat segala pembangunan di negeri ini, sedangkan segala nikmat pembangunan yang dinikmati Kelantan, sebahagiannya melalui usaha saya seperti peruntukan menerusi Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) yang menyaksikan Kelantan menerima RM7.6 bilion, iaitu negeri paling banyak mendapat peruntukan sepanjang RMK-9.
"Ada pihak tertentu yang mungkin tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara dan melemparkan tohmahan itu. Adalah mustahil untuk saya menyediakan sesuatu itu 100 peratus lengkap sepenuhnya. Saya akui ada kelemahannya dan kita akan atasinya dengan sebaik mungkin untuk kemajuan negeri ini," katanya.
Mustapa berkata, untuk membuktikan bahawa segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya termasuk Barisan Nasional (BN) itu tidak benar, rakyat Kelantan harus memberi peluang bagi membolehkan beliau serta BN buktikan segala janjinya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai, Selasa depan.
dalam bahasa lain , tok pa dah tak boleh lawan pas dalam menafikan isu minyak ni... mampuskan umno di bumi kelantan!
1 comment
Di Perak Adun PR melompat jadi Bebas didesak letak jawatan. Apa kata desakan yang sama untuk Adun DAP Kedah yang lompat jadi Bebas. apa kata kita pakat sokong bubar dun kedah pula. ok tak. baru seronok politik malaysia. banyak kerja ahli politik malaysia. semua keras kepala.
Post a Comment