UMNO Perlu Jadi Tuah?

KOTA KINABALU: Ahli Umno perlu menghayati keberanian Hang Jebat daripada segi menyuarakan pandangan sebagai manifestasi perjuangan parti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT)Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata anggota parti perlu berani menyuarakan pandangan bagi mencapai keputusan dan pendekatan baru sekiranya pendekatan lama tidak lagi relevan dan dianggap tidak berjaya.
“Kita mesti berani menyatakan sesuatu walaupun apa yang dikatakan itu mungkin pemimpin kita tidak suka.

“Tetapi tugas kita ialah membuat rakyat kita suka seperti yang disebut-sebut Perdana Menteri, Najib Razak iaitu rakyat didahulukan.
“Inilah keberanian yang diperlukan sebenarnya,” katanya pada perhimpunan Umno Bahagian Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata tetapi apa yang berlaku sekarang ialah watak Hang Jebat ini bukannya datang daripada anggota Umno tetapi pembangkang.


yup aku caya. hisham pondan kah sebelum ni dah jadu tuah kahkahkahkah...angkat keris... hidup melayu! kahkahkahkah hidup melayu mana? kroni? kayakan keluarga? rakyat hidup susah nak mati dok cari duit!

No comments

Powered by Blogger.