Umno Semacam Gila Meroyan. Semua Nak Ngap Asalkan Talian Hayat!

Pertemuan serius dengan Pas dibincang pada MT Umno

TPMMUNYONYO (Uganda): Langkah awal yang akan diambil untuk mengadakan pertemuan serius dengan pemimpin Pas ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Jumaat ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyambut baik kesediaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri Pas itu dengan Kerajaan Pusat, berkata senario itu akan membuka satu lembaran baru dalam hubungan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Kelantan dan parti Pas.

"Saya bersyukur kerana ini adalah satu kenyataan yang positif daripada Nik Aziz yang menunjukkan satu sikap Muslim yang baik.

"Oleh kerana ada keputusan seperti itu, langkah susulan kita boleh ambil dan terbaik dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada penghujung bulan ini iaitu 31 Julai," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita Malaysia di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri Pas dengan Kerajaan Pusat demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Nik Abdul Aziz berharap perselisihan pendapat yang timbul di kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan Pas sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai, baru-baru ini, dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.

Muhyiddin berkata: "Kita telah menyuarakan sejak awal dulu bilamana soal kerajaan perpaduan dibincangkan, walaupun kita tidak jelas kita telah memberi reaksi yang positif dan kita telah menyatakan kita sedia berbincang demi perpaduan negara dan umat Islam.

"Kalau pun ada perbezaan atau salah faham itu adalah adat manusia."

Beliau berkata mesyuarat MT Umno itu juga mungkin akan menentukan wakil parti itu untuk berbincang dengan pemimpin Pas.

"Kita tidak perlulah meletakkan agenda khusus dalam pertemuan awal itu yang akan membuka langkah permulaan apa-apa perkara yang kita boleh bincang secara bersama," katanya. - Bernama


tengok la. umno akan dimalukan oleh tok guru nik aziz! ajak debat takut!

No comments

Powered by Blogger.