Walau Pun Kalah BN Tetap Nak Berbohong Lagi Dengan Rakyat!

PAS menang dengan majoriti kecil, iaitu 65 undi, lalu dengan yakin pemimpin Barisan Nasional mengumumkan bahawa BN menang moral. Mula-mula Tok Pa, kapten UMNO Kelantan menguar-uarkan bahawa UMNO patut berbangga kerana mereka mencapai kemenangan moral. Selepas itu, kapten BN, Pak Najib yang berada di Sharmel-Sheikh, Mesir untuk menghadiri Sidang Kemuncak ke-15 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), mengukuhkan kenyataan Tok PA sambil menambah bahawa keyakinan rakyat terhadap BN pulih.

Kemenangan moral? Sejak bila ada istilah “moral” dalam pilihan raya negara kita? Kalau ada moral, pemimpin tidak akan mengutuk pihak lawan, melontar fitnah, menabur janji kosong, menipu rakyat, memutar belit fakta dan sebagainya masa berkempen. Baling batu, raba buntut, atau jelir lidah tidak akan berlaku. Polis tidak perlu dikerah ke daerah pengundi seolah-olah berlaku satu rusuhan. Ini semua kerana tidak ada moral dalam iklim pilihan raya kita. Habis, moral yang dimenangi oleh BN dibawa dari mana?

Terima sahajalah kenyataan. Kalah, biarpun satu undi dikira kalah juga. Kalau tidak percaya, pergi bertanya kepada Tun Mahathir Mohamad.

Keyakinan rakyat terhadap BN pulih. Betulkah pulih? Jangan main tangkap muat, samakan pengundi Manek Urai dengan rakyat Malaysia. Pengundi Manek Urai hanya seciput daripada keseluruhan pengundi Malaysia. Itupun bukan semua berpusing balik kepada BN. Masih ramai yang kekal dengan PAS. Mereka mengundi BN belum pasti bahawa mereka yakin kepada dasar BN. Mereka hanya mahu “ole-ole” BN. Ini terbukti apabila BN menang lima daripada sembilan kawasan, termasuk Manek Urai Lama yang dijanjikan jambatan baru secara bersyarat. Kalau BN betul-betul ikhlas, mereka akan membina jambatan itu sebagai menghargai pengundi Manek Urai Lama.

Pengundi muda sedar bahawa kalah di Manek Urai tidak menjejaskan kedudukan PAS Kelantan. Jadi, apa salahnya beri BN menang sekali. Selalu kalah kesian juga. Main bolan pun kalau selalu tibai orang hilang seronoknya. Namun, keinginan pengundi muda untuk “mensyokkan” sedikit BN tidak kesampaian kerana pengundi tua masih setia bersama PAS.

Jangan mudah tertipu, malu si Tipah nanti!

satu malaysia

No comments

Powered by Blogger.