Wujudkah Sistem Ekonomi Islam?

1. Sewaktu di bangku sekolah menengah, saya mula diperkenalkan dengan 4 sistem ekonomi utama yang diamalkan di dunia ini. Sistem Ekonomi Kapitalis, Sosialis, Islam dan Campuran. Kata Cikgu Mahani guru Ekonomi saya, Malaysia mengamalkan sistem ekonomi Campuran. Unsur-unsur yang baik baik dari Kapitalis, Sosialis dan Islam akan digunapakai membentuk sistem ekonomi Campuran.

2. Sehingga ke hari ini, saya memahami signifikan kewujudan sistem ekonomi Kapitalis, Sosialis dan Campuran. Namun saya masih keliru tentang kewujudan sistem ekonomi Islam. Adakah ia wujud?

3. Adakah sistem ekonomi Islam wujud sebagai suatu sistem ataupun ia hanyalah cebisan-cebisan prinsip muamalat yang berkaitan dengan Islam?

4. Saya masih yakin bahawa sistem ekonomi Islam sebenarnya tidak wujud selagi mana kita (umat Islam) menyangka bahawa sistem itu telahpun wujud. Saya juga masih percaya bahawa sistem ekonomi Islam hanyalah suatu ’sukatan paling tepat’ bagi sistem ekonomi Kapitalis dan Sosialis. Ia mirip sistem ekonomi Campuran namun dipacu berasaskan prinsip Islam yang sebenar.

5. Beberapa komponen dalam sistem ekonomi Kapitalis dan Sosialis juga adalah antara elemen yang selari dengan Islam.

6. Oh ya, untuk mebincangkan persoalan ini, ECONS ada menganjurkan Diskusi Ekonomi ECONS (DisKon) di Dewan Masjid UIA PJ Sabtu ini (25 Julai) bermula 1.45 petang hingga 4.30 petang. Diskusi nanti akan dikendalikan oleh saudara Wan Fayshal Wan Kamal (Rausyanfikir). DisKon sabtu ini adalah siri pertama daripada 4 siri Diskon yang akan mengupas tentang sistem ekonomi yang wujud di dunia. Jika tiada aral, selepas ini ECONS akan menjemput saudara Hishamudin Rais dan Pak Khalid Jaafar untuk mengupas tentang sistem ekonomi Sosialis dan Kapitalis. Kemudian perbincangan akan dibilas dengan rumusan Prof Joni Tamkin. Tarikh untuk siri-siri seterusnya akan dimaklumkan kemudian.

7. Apapun, semua anak muda dan mahasiswa dijemput hadir. Ianya percuma.

http://hasbiemuda.wordpress.com/2009/07/21/wujudkah-sistem-ekonomi-islam/

No comments

Powered by Blogger.