Zambry MB Halam Jawab Nik Aziz!
Nampaknya Zambry MB haram semakin galak menjolok menteri besar kelantan. waduh-waduh semakin menyerlah kehitaman ilmu politik yang ada pada zambry. patut la menjadi mb perak pun dengan hasil kotor najib dan konco-konconya.
hari ni zambry sedikit tersandar hasil pukulan yang diberikan oleh tok gur. kendurnya bunyi pernyataan zambrymenampakan dia sudah tidak mahu melawan tok gut tetapi peluru yang ditujukan kepada nizar. dendam kesumat mb haram ni menampakan lagi kebodohan kepimpinan kerajaan haram perak!
ulasan zambry
Masalah Nizar memegang lilin untuk memperingati mendiang Teoh nampaknya menjadi hangat.
Saya pada mulanya tidak berminat nak mengulas hal-hal Nizar kerana saya tahu dia memang suka bila ada orang mengulas tentang dirinya. Soalan dikemukakan oleh para wartawan kepada saya sebelum ini ialah tentang tindakan Nizar.
Jadi sebagai orang tidak mahu hentam sembrono, saya kata elok ditanya Tok-tok guru PAS tentang hukum tafakkur pegang lilin di hadapan gambar si mati.
Malah Nizarpun memang terkenal dengan orang yang suka menonjolkan diri sebagai yang kononnya hebat dalam agama seperti berebut nak jadi Imam, nak bagi tazkirah, nak bagi khutbah dan sebagainya.
Beberapa hari yang lalu Husam menjadi orang pertama mempertahankan tindakan Nizar atas alasan bahawa ianya tidak menjadi kesalahan dan menyalahkan pihak lain kononnya semua yang PAS buat dianggap salah.
Apa yang menarik pula ialah kenyataan Nik Aziz bahawa soalan saya untuk dirujuk kepada Tok-tok Guru PAS dianggap sebagai soalan politik.
Maka katanya eloklah dijawab cara politik. Katanya lagi saya ini orang politik dan bukan orang kaji agama. Tak apalah dengan tuduhannya mengatakan saya bukan orang kaji agama. Maklumlah orang yang mahir bab agama hanyalah dirinya. Tetapi nampaknya selama ini beliau kata agama dan politik tidak boleh dipisahkan adalah suatu yang retorik semata-mata.
Dia kata lagi saya nak minta fatwa apa sedangkan hukum demokrasipun saya tak pegang. Bukankah hukum demokrasi bererti majoriti memerintah.
Dia juga kena tanya dirinya dan Pakatan kenapa nak ambil kerajaan Malaysia secara tidak demokratik suatu ketika dulu.
Hari ini Nik Aziz kata tak jadi masalah dengan lilin meskipun Dewan Ulama menasihatkan ianya perlu dijauhkan bagi perkara yang mendatangkan keraguan. Nizar pula kata ia tidak menghadiri upacara Teoh, tetapi adalah upacara DAP.
Rakyat keliru sebenarnya kerana tuduhan gambar itu kononnya Utusan Malaysia. Dia lupa akhbar lainpun ada keluarkan. Soalan saya bukankah itu upacara mengingati Teoh yang dianjurkan oleh DAP yang dihadiri oleh Nizar berpakaian hitam sambil gambar mendiang berada di atas meja dan dipegang oleh Ngeh?
Saya tidak tahu samada gambar Nizar memegang lilin dengan khusyu sekali adalah gambar yang direka-reka oleh akhbar bagi menjatuhkan Nizar atau Nizar sendiri cuba berbohong kepada rakyat jelata.
Apapun bagi saya biarlah peristiwa Teoh Beng Hock ini tidak dijadikan isu bagi meraih simpati politik murahan.
Semua orang meratapi bagaimana Teoh mati dalam keadaan yang mengerikan. Kepada pembangkang usahlah keterlaluan dalam tindakan.
No comments
Post a Comment