Apabila Orang Tua Merajuk!
Tun Mahathir begitu bersungguh-sungguh meminta Umno tidak menamakan Isa Samad sebagai calon yang mewakili Umno untuk pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang nanti.
Malah, Tun secara terbuka dan sukarela menawarkan dirinya untuk bertanding dan merasakan dirinya adalah pilihan yang lebih baik berbanding dari seorang penjenayah rasuah itu.
Tetapi pucuk pimpinan Umno menolak gesaan dan tawaran Tun. Kata-kata dan nasihat Tun tidak laku.
Kata-kata Tun hanya digunakan ketika perlu sahaja dan ketika selari dengan nafsu mereka sahaja seperti pasukan F1 negara.
Jadi, dari hal ini, Tun kena sedar. Tindakan Najib untuk menarik Tun masuk semula Umno hanyalah untuk kepentingan politik Najib sahaja.
Najib sedar ramai yang bersetuju dengan pendapat Tun dan ada dari mereka memilih untuk membuat undi boikot ketika PRU12 March tahun lalu.
Hasilnya, Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 di Parlimen dan hilang 4 negeri lagi serta gagal merampas Kelantan. Kata-kata Tun ada saham dalam prestasi buruk BN itu selain faktor-faktor lain yang lebih besar.
Mungkin Tun memilih untuk memasuki Umno semula sebagai mengenang jasa ayah Najib yang pernah menarik dia masuk semula kedalam Umno selepas dibuang oleh Tunku Abdul Rahman dahulu.
Atau mungkin Tun perlu di dalam Umno agar anaknya nanti dapat mengikut jejak langkahnya menerajui Umno dan negara.
Tambahan pula, Tun tentu bengang apabila anaknya tewas di dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda.
Kini, Tun sudah merajuk dan tidak mahu berkempen di Bagan Pinang.
Mungkin pimpinan Umno tidak memperdulikan rajuk orang tua ni. Sebabnya, di Bukit Gantang dan Bukit Selambau pun Tun turun berkempen, tetapi BN tetap melingkup di sana.
http://lordazaab.wordpress.com/

No comments
Post a Comment