Bagan Pinang: PAS Wajib Muhasabah Diri
Sokongan bukan Melayu kepada Umno melonjak sebanyak 42 peratus dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Ahad lalu.
Penganalisa politik, Ong Kian Ming membuat anggaran tersebut berdasarkan angka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika menganalisa sokongan untuk BN dari 2008 hingga 2009 mengikut saluran dan komposisi etnik di saluran-saluran masing-masimg.
Menurutnya, undi untuk calon BN, Tan Sri Isa Samad mencatatkan peningkat 4 peratus dari pengundi Melayu berbanding dengan keputusan pilihan raya umum 2008.
Dalam pilihan raya kecil Ahad lalu, majoriti yang diperolehi Isa berganda berbanding majoriti calon BN Azman Mohammad Noor pada 2008.
Isa – bekas menteri yang digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan politik wang sewaktu pemilihan Umno pada 2004 – mendapat majoriti 5,435 undi, berbanding majoriti 2,333 undi yang diperolehi Azman.
Menurut Ong, berdasarkan keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang itu, 67 peratus pengundi Melayu menyokong Isa.
Lebih menarik lagi, katanya, 73 peratus pengundi bukan Melayu menyokong calon dari Umno itu.
Tiga faktor utama
Ong mengenal pasti tiga faktor utama yang mendorongkan pengundi beralih menyokong BN.
1. Kehadiran Isa yang begitu lama di kawasan tersebut serta merupakan bekas menteri besar. Isa juga merupakan ketua Umno bahagian Telok Kemang.
2. Kelemahan calon dan jentera pilihanraya PAS.
3. Isu-isu tempatan yang dianggap lebih penting daripada isu-isu nasional seperti insiden perarakan kepala lembu di Shah Alam dan kes kematian Teoh Beng Hock.
(Malaysiakini)
Setiap kali selepas pilihanraya kecil diumumkan, bermacam-macam pendapat dilontarkan, sama ada oleh pihak yang menang atau pihak yang kalah. Kesemua pendapat disokong oleh fakta-fakta yang kelihatan rasional. Yang menang dengan fakta kemenangannya. Yang kalah dengan fakta kekalahannya.
PRK Bagan Pinang juga tidak terlepas daripada lontaran pendapat penganalisis politik. Semua orang berhak memberi pendapat. Semua orang berhal untuk bercakap. Akan tetapi sama ada pendapat tersebut betul atau tidak, itu soal lain.
Seorang kawan saya yang kelihatan tidak dapat menerima kemenangan Isa Samad yang dikatakan perasuah mempunyai pendapat tersendiri. Dia mengaitkan kekalahan calon PAS dengan kerenah PAS Negeri Selangor. Tindak tanduk Hassan Ali yang mengkritik MB secara terbuka dan keghairahannya mahu “mengIslamkan” rakyat Selangor memberi impak kepada pengundi bukan Melayu di Bagan Pinang.
Tindak tanduk Hassan Ali bukan sahaja menimbulkan rasa meluat bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri pun tidak senang hati. Hassan Ali dilihat seorang tokoh yang tidak memahami konsep masyarakat majmuk lantas tidak mengerti akan sifat bertolak ansur antara kaum.
Apabila PAS Pusat tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Hassan Ali, maka rakyat terutamanya rakyat bukan Melayu beranggapan bahawa PAS Pusat merestui pendekatan “melampau” yang digunakan Pesuruhjaya PAS Selangor itu. Orang-orang bukan Melayu menyokong PAS dalam PRU yang lalu kerana yakin PAS akan memilih jalan sederhana.
Selain penyokong PAS daripada kalangan bukan Melayu, penyokong PKR dan DAP juga tidak senang hati dengan PAS Selangor. Perasaan tidak puas hati ini sedikit sebanyak diterjemahkan oleh sahabat-sahabat mereka di Bagan Pinang.
Sekiranya PAS masih bercita-cita mahu menumbangkan BN dan membentuk kerajaan pusat yang baru pada PRU akan datang, PAs wajib bermuhasabah diri. Konsep bekerjasama dalam Pakatan Rakyat harus difahami oleh semua pemimpin PAS. Kritikan secara terbuka walaupun tidak salah, tetapi tidak boleh diterima pakai. Pemimpin yang melakukannya wajib dihukum.
Pemimpin yang ingin menerajui PAS wajib memahami konsep “tanggungjawab bersama” dalam membuat keputusan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri. Misalnya, tidak boleh seorang Exco mengkritik dasar kerajaan negeri yang dianggotainya. Kalau dia tidak setuju, dia mesti meletak jawatan. Kalau dia tidak meletak jawatan, bererti dia mementingkan diri.
PAS sebuah parti Islam yang memperjuangkan syiar Islam. Maka tidak elok seandainya tindakan pemimpin PAS dilihat “tidak beretika” oleh rakan dalam PR. Pemimpin PAS sepatutnya menunjukkan teladan dalam hal etika atau kesopanan kerana mereka berdiri di atas landasan agama.
Semua orang berhak memberi pendapat. Namun, pendapat itu belum tentu benar, terpulang pada tafsiran masing-masing. Saya juga begitu.
http://satumalaysia.wordpress.com/

No comments
Post a Comment