Cara Mudah KPIkan Pembesar Kita
A Kadir Jasin
WALAUPUN kita dah beberapa tahun diperkenalkan kepada KPI (Key Performance Indicator/Penanda aras Utama Prestasi), saya rasa ramai masih kelabu dan keliru.
Saya sendiri pun masih kurang faham dengan siluk-belok KPI ni dan macam mana kita nak ukur atau nak rasa kesannya.
Semalam, dalam perjalanan kereta api selama sejam dari Zurich ke Luzern (Lucerne) saya mendapat satu idea.
(Idea bukan ide. Ide tu bahasa Wak Jawa kawan saya dari Surabaya. Dia tak boleh sebut idea. Dia sebut ide. Macamlah dia sebut golf sebagai golof dan debate (bahas) sebagai debat.)
Idea saya itu tercetus akibat daripada dua, tiga perkara yang saya perhatikan. Pertama kereta api Swiss sangat rapi penyelenggaraannya. Kedua tandasnya begitu bersih kita boleh jadikan tempat rehat dan ketiga ia menepati jadual.
Begitu tetap jadual kereta apinya sehingga wujud apa yang dipanggil waktu kereta api Swiss. Malah ada jam tangan dan dinding yang menggunakan jenama Swiss Railway.
Bukan kereta api saja diselenggarakan dengan rapi, bersih, selamat dan menetapi tuntutan pelanggan. Bas, trem, taman awam dan bangunan pun begitu juga. Yang kelas tu tandas ada di mana-mana, tak kena duit dan bersih sehingga berbau wangi.
Penyelenggaraan rapi, kebersihan dan ketepatan waktu adalah antara ciri yang boleh kita rasai dan mudah kita fahami.
Jadi idea saya adalah kita, sebagai rakyat jelata, pembayar cukai (hasil) dan pengundi, jadikan ciri-ciri kerapian, kebersihan (fizikal dan moral), menepati waktu dan janji serta keberkesanan kos sebagai KPI kita untuk mengukur prestasi bapa dan ibu Menteri, Ahli Parlimen, Adun dan kakitangan awam kita.
Saya perhatikan masih ada Menteri yang hadir majlis awam tidak menepati masa yang dijanjikan. Malah ada yang tidak pun memohon maaf kepada hadirin yang lama menunggu. Mohon maaf saja tak bermakna kalau tabiat lewat ini tidak diatasi.
Kalau kita tengok di negara kita, bas Rapid KL yang baru trang tang tang pun tak putus-putus keok di jalan raya. Buka saja penumpang tergendala malah pengguna jalan raya yang lain turut tersangkut disekat bas yang keok itu.
Jadi kita kena tanya dua Menteri Senator yang jaga KPI (Koh Tsu Koon dan Idris Jala), siapa yang bekalkan bas yang selalu keok itu dan siapa pula yang selenggara?
Yang kita takut bas-bas ni keok bukan saja fasal pemandu dan mekaniknya hap pas six (half-past six) tapi fasal ada konspirasi supaya boleh selalu beli bas baru.
Sesiapa yang pernah memandu ke arah Kuala Kubu baru mungkin sudah nampak “tanah perkuburan” bas Rapid KL yang mengandungi beratus-ratus bas keok yang dari jauh nampak masih cantik -- lebih cantik daripada bas Mara Liner yang digunakan di Pendang.
Tengok sajalah beza antara jalan JKR dengan lebuh raya Plus atau jalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan jalan bertol.
Soalnya apa dah jadi dengan duit cukai, duit hasil dan duit yang kerajaan pinjam berbilion-bilion setiap tahun itu? Ini termasuklah kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri. Jadi kita wajib PKIkan semua pihak yang pungut dan guna duit cukai kita.
Di Malaysia, tandas bayar pun ada yang sama kotor dan sama busuk dengan tandas angkut tahun 1950an. Dalam hal tandas awam ni, kita betul-betul bermentaliti dan berkualiti Dunia Ketiga.
Ramai orang kita nak guna tandas pun tak tahu. Yang lain tak bersikap sivik. Orang guna tandas dulu baru pam. Kita pam dulu baru guna.
Ini punca salah pusingan. Bila habis guna, air dalam tangki tak penuh lagi. Nak pam tak cukup air. Jadi ditinggalkan penuh najis, busuk dan menjijikkan. Orang yang nak guna kena pam dulu. Dan salah pusingan ini berterusan. Nasib baik ada pekerja asing yang bersihkan kekotoran kita. Malu.
Mari kita KPIkan penggunaan tandas awam dengan membetulkan pusingan ini. Kita guna tandas. Kita pam. Dan kepada yang jantan tu, mintalah “aim” pancutan dengan tepat!
Di Switzerland ni, dasarnya “anda peroleh apa yang anda bayar”. Cukai dan harga barang tinggi. Untuk naik kereta apa kelas 2 dari Zurich ke Luzern pergi balik harganya 72 Swiss Franc atau lebih kurang RM240. Saya tak berani nak kata apa dasar cukai, harga dan kualiti perkhidmatan di negara kita.
Alles Gute!

No comments
Post a Comment