Kedudukan Badrul Diketahui Hujung Bulan ini
SHAH ALAM, 13 Oktober - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia mengadakan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, jika serius mahu mengekalkan kedudukannya.
Beliau berkata, pihaknya merancang mengadakan perjumpaan dengan Badrul Hisham Abdullah yang dikatakan menghadapi masalah kesihatan dan gagal menumpukan perhatian kepada tugasnya.
“Kita dah mula merancang perjumpaan dan untuk cuba mengatasi beberapa masalah yang dihadapi oleh saudara Badrul dan tujuan untuk meminta Badrul menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)”,katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2009, Zon Tengah Peringkat Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.
Katanya, kerajaan memberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk menetapkan kedudukan Badrul, bagi memastikan penduduk DUN Pelabuhan Klang mendapat perkhidmatan yang sewajarnya.
Beliau berkata, apa yang penting Badrul harus menunjukkan kesediaaanya untuk terus mewakili penduduk di kawasan terbabit dan membantu mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
“Saya agak positif dia ingin mengadakan perbincangan tapi itu perbincangan sahaja tidak cukup mesti nampak ,dia boleh nampak oleh masyarakat di Pelabuhan Klang dia menjalankan tugas sebagai ahli dewan undangan negeri”,katanya.
Mengenai tekanan yang dihadapi oleh kerajaan negeri berhubung isu tersebut, Tan Sri Khalid berkata, pihaknya berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.
“Memang tekanan tu memang akan berlaku sebab bukan sahaja daripada kami agak kurang,daripada pihak exco,pejabat menteri besar agak kurang tapi yang meminta beliau meninggalkan kerusi itu pengundi-pengundi di pelabuhan Klang. Kita ni agak gentlement sedikit tapi yang lain tu agak keras sebab dia rasa mereka terpedaya kerana undi mereka itu tidak menghasilkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang boleh bertugas di daerah yang mereka undi”,katanya.
Masalah yang dihadapi Badrul sejak awal tahun ini, cuba diperbesarkan oleh media arus perdana dengan laporan bahawa Badrul akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun Adun Pelabuhan Klang itu kemudian mengumumkan pendirian untuk terus bersama kerajaan Pakatan Rakyat.

No comments
Post a Comment