Khutbah Jumaat Lagi Utama Dari Ucapan Najib Hari Ini

Persidangan UMNO yang sedang hebat dan berdegar-degar sedang berlangsung kini di PWTC yang paling penting bagi mereka (ahli UMNO)itu ialah ucapan Presiden mereka iaitu dari Najib Razak. Presiden akan berucap dua kali, iaitu permulaan dan pergulungan.

Biasalah, Najib apabila berpidato terjerit-jerit dan semangat waja. Bagaikan ini gelanggang mereka punya dan hanyalah mereka pendekar terhebat di nusantara. Namun tetapi dikalangan mereka jika diajak berdebat, lintang pukang mencari alasan dan tidak ada keberanian.

Apapun hari ini hari Jumaat, sebelum mereka mendengar pergulungan dari Najib, kita wajib mendengat khutbah Jumaat. Khutbah ini tidak kira disampaikan oleh siapa dikalangan yang layak, wajib kita mendengar dengan taat dan diam. Jika ada yang berkata-kata semasa khatib berkhutbah, maka hilanglah pahala Jumaatnya.

Dalam khutbah, telah terkandung beberapa rukun yang tidak boleh ditinggal.

http://sujudterakhir.blogspot.com/Antaranya menyeru supaya semua orang Islam bertaqwa kepada ALLAH. Inilah yang lebih utama daripada menyeru supaya orang melayu bersatu.

Negara kita majoriti orang melayu beragama Islam. Ini bermakna jika kita memperjuangkan Islam, secara tak langsung bangsa melayu akan menjadi satu bangsa yang mulia. Oleh itu, tidaklah boleh menyatakan jika hancurnya UMNO maka hancurlah melayu. Ini satu fikiran yang ortodok lagi jumud.

Tidak bersalah jika kita mendengar ucapan Najib sambil bercakap-cakap atau pun sedang makan minum. Mendengar ucapan Najib lebih tertumpu pada melayu sahaja berbanding apabila menyebut Islam, ia tertumpu kepada seluruh aspek kehidupan.

No comments

Powered by Blogger.