Mereka Seibu Sebapa, Tapi Tak Sehala

Khalid Samad dan Shahrir Samad dua tokoh politik semasa tanahair. Mereka seibu sebapa tapi tak sehala. Khalid Ahli Parlimen Shah Alam mewakili PAS, terkenal lantang. Berani mengeluarkan pendapat dan kritikan, walaupun menggugat kedudukan ! Dipecat dari Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor kerana kelantangan kritikan yang tidak menyenangkan pimpinan negeri ! Sedangkan Shahrir Ahli Parlimen Johor Bahru dari Umno terkenal sebagai seorang yang berprinsip. Rela melepaskan jawatan menteri, kerana prinsip ! Tak terpilih dalam Ahli Majlis Tertinggi Umno dan bertindak meletakkan jawatan dari menteri.

Khalid pernah ditanya mengenai kedudukan abangnya setelah melalui proses zaman kesepian, beliau menjawab,

`Saya akan memujuk abang saya menyertai Pas, yang saya fikir sesuai dengan jiwanya yang kuat berpegang pada prinsip dan kebenaran ! Prinsip yang memang ditegakkan oleh Islam.

Apabila Shahrir ditanya berhubung dengan hasrat dan cadangan adiknya itu, beliau menjawab,

`Sikap dan tindak tanduk Khalid lebih sesuai beliau berada di dalam Umno dari berada di dalam Pas ! Tiada perkembangan lanjut selepas itu.

Nampaknya mereka berdua bukan sahaja tidak sehala, tetapi sama-sama keliru dan silap jangka !

No comments

Powered by Blogger.