Musa Hasan Malu?

(Utusan Malaysia) - Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini membidas beberapa penulis blog yang mempertikai kredibiliti polis yang masih gagal mengesan pengendali laman web ”Malaysia Today”, Raja Petra Raja Kamarudin, untuk hadir ke mahkamah.

Beliau berkata kelemahan bukanlah di pihak polis tetapi sebaliknya Raja Petra sendiri yang melarikan diri dan mengelak daripada diadili di mahkamah.

"Buat apa dia lari? Kalau dia kata apa yang dia tulis itu benar datanglah."

"Kita ada undang-undang oleh itu jawablah di mahkamah."
"Kalau lari maknanya dia tahu dia buat benda tidak betul. Kenapa kata kelemahan polis pula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri dan Deepavali anjuran Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

No comments

Powered by Blogger.