PC 5 Oktober…Bagan Pinang Dalam Genggaman!
Kenyataan Media PAS
Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang
5 Oktober 2009
1. Terima kasih kepada semua pihak media kerana terus melaporkan perkembangan kempen Pakatan Rakyat (PR) dan calon Pas sendiri, Zulkefly Mohamad Omar.
2. Masuk hari ketiga berkempen, saya diberitahu bahawa jentera berjalan dengan baik. Kempen dari rumah ke rumah membawa Warta dilakukan. InsyaAllah, lewat petang ini, seluruh UPU akan mengedarkan Warta ke4.
3. Seperti yang dijanjikan, hari ini kami akan mendedahkan isu perparitan, di tangan saya ini adalah realiti sebenar sistem perparitan di sepanjang Port Dickson.
4. Inilah gambarannya. Pengaliran air tidak berjalan dengan baik. Parit penuh dengan sampah sarap; di mana kesemuanya ini (iaitu sampah sarap dan air kumbahan) akhirnya dilepaskan ke pantai, yang menjadi tempat mandi-manda oleh pelancong tempatan dan asing.
5. Menghala ke Lukut/Seremban ini, Tuan Puan boleh juga melihat sebuah bangkai bangunan (sejak Tan Sri Isa menjadi Menteri Besar lagi). Bangkai bangunan ini telah lama menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes. Air takungan selepas hujan bak tasik jadian, kerana tidak dapat mengalir ke laut disebabkan masalah perparitan.
6. Saya bertanya kepada beberapa orang tempatan sewaktu kami menyebarkan Warta ke3 semalam di sekitar kawasan pantai. Apa yang boleh saya kongsikan atau simpulkan – Yang datang mandi-manda adalah pelancong luar, bukannya penduduk tempatan kerana mereka tahu air yang mengalir ke laut ini bukanlah air sungai yang bersih, tetapi air kumbahan dari beberapa hotel yang berkaitan.
7. Saya juga ingin memaklumkan – berdasarkan kempen dari rumah ke rumah di Batu 6 Telok Kemang semalam, kami (Pas dan Pakatan Rakyat) semalam menerima aduan, penduduk tempatan acap kali berdepan dengan banjir kilat, terutama pada musim hujan. Disebabkan sistem perparitan yang begitu tidak efisyensi.
8. Akibatnya, rakyat bukan sahaja terpaksa menghidu bau busuk (air kumbahan), malah ianya penuh dengan lalat. Bandar yang kononnya menjadi bandar perlancongan di persada dunia, sebenarnya dikenali penduduk tempatan sebagai banda pembiakan lalat dan nyamuk.
9. Sebab itu pihak kementerian / kerajaan negeri ketika mengadakan mesyuarat dengan pihak perhotelan, tidak kira era Isa yang lalu atau Menteri Besar sekarang (Datuk Seri Utama Mohamad Hassan) tidak perlu marah apabila beberapa beberapa pihak perhotelan yang mencadangkan – beberapa kali (bukan sekali) bahawa maskot terbaik untuk bandar pelancongan Port Dickson adalah LALAT.
10. Inilah gambaran sebenar Pusat Pelancongan yang dicadangkan kerajaan Umno BN; untuk digezet dalam senarai pusat perlancongan sedunia.
11. Sebab itu Perdana Menteri Malaysia tidak perlu lagi mengumumkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat. Rakyat, termasuk di Bagan Pinan sedar dan tahu itu semua pembohongan untuk memenangkan Isa. Rakyat Bagan Pinang tidak perlu lagi diperbodoh dengan janji politik kononnya anak emas kerajaan persekutuan dan sebagainya. Rakyat telah lihat pembohongan Umno BN di Manek Urai kononnya Dun itu mahu dijadikan Bandar Agropolitan Malaysia. Pembohongan belaka!
12. Najib baru bercadang memulihara alam semula jadi dan pantai yang kita bangkitkan ini; sedangkan calon Pas Pakatan Rakyat Zulkefly telah lama bergiat memperjuangkan bumi hijau melalui beberapa NGO, termasuk No Incenirator Borga dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS). Sebab itu, kami (Pas Pakatan Rakyat) yakin Zulkefly mampu memperjuangkan isu perparitan, bau busuk, pembiakan lalat-nyamuk, air sungai-laut tercemar berbekalkan pengalaman menjadi aktivis/sukarelawan masyarakat sebelum ini.
13. Saya juga dimaklumkan bahawa Zulkefly dalam aktiviti bertemu rakyat tempatan, sedia berjuang isu jalanraya sepanjang Port Dickson ini. Najib, Isa dan Mohamad Hassan sendiri tidak perlu menjalankan projek mee segera di kawasan terbabit hanya kerana mahu memenangkan Isa. Rakyat tempatan semuanya tahu, sudah tiga kontraktor dilantik dalam kalangan kroni Umno untuk membaiki jalan utama ini. Jalan tidak juga siap. Duit rakyat entah ke mana perginya.
14. Akhirnya, saya menyeru sekali lagi kepada seluruh pengundi Bagan Pinang supaya BERSAMA KEHENDAK RAKYAT ke arah kesejahteraaan rakyat dengan mengundi calon yang bersih dan beramanah, Zulkefli Mohamad Omar.

No comments
Post a Comment