Poligami: Perkara yang isteri perlu fikirkan
Assalamu’alaikum warahmatullah kepada semua pembaca dan khusus buat Ibu Anas dan Abu Hurairah,
Saya mengucapkan jazakumullah kepada dua sahabat ini yang sudi berkongsi ilmu dan pandangan di sini. Saya amat-amat menghargainya. Pandangan sahabat berdua banyak menolong meringankan minda dan perasaan saya yang sedang diuji dengan permasalahan poligami rakan-rakan. Saya sendiri mencari pencerahan untuk menambah lapang dada dan pandangan saya terhadap isu ini.
Secara peribadi, saya dapati pandangan-pandangan yang diberikan oleh Ibu Anas dan Abu Hurairah saling melengkapi dan tiada pertentangan antara keduanya. Secara umumnya, saya setuju dengan pandangan kedua-duanya. Semoga masyarakat dapat mengutip manfaat yang terkandung untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka sama ada lelaki atau wanita.
Semoga ilmu yang dicurahkan di sini menjadi amal jariah di Akhirat kelak.
Insya Allah, saya menerima cadangan Ibu Anas untuk melanjutkan kajian mengenai perkahwinan Rasulullah sebelum dan sesudah Hijrah. Kalau kita mampu lakukan bersama, ianya lebih baik. Insya Allah, dengannya kita berharap dapat juga membantu Dasar Keluarga Islam bagi Negeri Kelantan.
Perbahasan yang dimulai dengan niat yang ikhlas, disusuli dengan hujjah syarak yang jelas dan pandangan yang adil akan menyatukan semua pendapat imma pandangan itu datang dari lelaki atau wanita. Di sini tercetus satu lagi keindahan Islam dalam mengajukan pandangan dan adab berbahas.
Semoga Allah memudahkan segala urusan Ibu Anas dan Abu Hurairah al-Kelantani.
Sekian, wassalam.
Ummu Abbas
12 Syawal 1430H
4.33pm
***********************
Respon kepada tajuk ‘Poligami: Perkara yang perlu suami fikirkan 2’.
Poligami harus dilihat pada pandangan syara’..bukan pada pandangan masyarakat…hukum boleh ke tidak sesuatu itu dilakukan juga berpandukan syara’ bukan kepada masyarakat. Allah telah mengutuskan nabinya Muhammad (selawat dan salam atasnya) untuk dijadikan panduan. Kenapa harus dilihat pada kisah-kisah yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini? Adakah semuanya sudah menjadi adat? Kahwin dua, tiga dan empat tentu rumah tangga rosak!!!!!
Saya bukanlah jenis yang suka sangat berpoligami dan tidak juga bercadang untuk berpoligami, ini kerana saya tahu siapa perempuan. Perempuan yang tidak boleh lari dari perasaan cemburu. Cemburu tidak mengapa, ini kerana isteri nabi juga cemburu. Namun cemburu ada tempatnya. Namun cemburu dicampur dengan ego itu lah yang menjadi masalah. Bila si suami menyatakan ingin berkahwin lagi maka secara spontan si isteri melontarkan kata-kata yang tidak sedap di dengar,
Masih tidak cukupkah layanan yang diberi?
Tidak cukupkah nafsu dengan seorang?
Dan yang paling perit didengar “mahu kahwin lain ceraikan saya”.
Yang paling saya kesali isteri yang bahagia bersama suami dan memahami si suami tetapi bila suami ingin berkahwin lain terus bantah..tidakkah ia mengenali suaminya secara mendalam sebelum ini? Tidakkah ia tahu bahawa suaminya telah berlaku adil sebelum ini dan tidak pernah buat hal sebelum ini? Kenapa wanita membantah poligami? Kerana egois? Takut suami tidak berlaku adil? Atau tidak mahu berkongsi kasih dengan orang lain?
Poligami harus difahami secara mendalam…tidak kira bagi suami atau isteri. Kenapa dan mengapa poligami harus difahami secara mendalam..adakah Allah mengharuskan poligami kerana ingin orang lelaki memenuhi nafsu shahwat mereka semata-mata? fikir-fikir kan lah…
Poligami Aagym
Abu Hurairah al-Kelantani
30 September 2009
*********************
Al-Insan madaniyyun bi tab’i – tabiat kehidupan insan asasnya/dibina dalam bentuk bermasyarakat. Islam juga bukan soal individu ataupun hanya segolongan pihak. Ia melibatkan pelbagai pihak. Dalam hukum syariat Islam juga lebih melihat kepada aspek masyarakat dan penilaiannya dari masyarakat iaitu kemaslahatan awam lebih diutamakan daripada kemaslahatan individu.
Dalam perundangan dan juga syariat Islam, setiap hukum yang ditentukan (diharamkan ataupun dihalalkan) hatta hukum hudud sekalipun mengambilkira masyarakat awam lebih utama. Mengapa pencuri dipotong tangan? Mengapa penzina perlu dirotan dan sebagainya lagi hikmahnya. Bukan menghukum pesalah semata-mata tetapi kemaslahatan umum yang lebih besar perlu dijaga, seperti penjagaan harta orang lain, penjagaan kehormatan orang lain dan penjagaan nyawa orang lain. Oleh itu ‘orang lain’ ataupun masyarakat dibuat sebagai neraca penilaian yang menjadi cermin bagi umat Islam.
Kedua, Allah berfirman, maksudnya dan dipanjangkan – sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah uswatun hasanah /role model terbaik bagi mereka yang berkobar-kobar ingin taqarub dengan Allah dan ada gerun terhadap hari akhirat. Suami yang ingin mengaplikasikan sunnah berpoligami seharusnya juga mencari ciri-ciri isteri seperti para isteri Rasulullah s.a.w. – Antara penilaian yang perlu dibuat oleh suami isteri ialah mampukah aku meneladani Rasulullah s.a.w, dan isteri-isteri juga perlu tanya, mampukah diri menjadi ataupun mencuri sedikit antara ciri-ciri seorang isteri Rasulullah.
Kisah cemburunya Aishah perlu difahami dari aspek sirah. Bukan sekadar memahami setakat emosi seorang wanita. Aishah cemburunya kepada Khadijah Bintu Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w yang pertama yang telah wafat. Cemburunya kerana Rasulullah s.a.w tidak pernah lekang menyebut jasa-jasa dan setiap pengorbanan yang disumbangkan oleh Khadijah untuk perjuangan Islam. Cemburunya terhadap Khadijah disebabkan Rasulullah menghormati keluarga Khadijah, sedangkan Khadjah telah meninggal dunia. (Ini bukan kes cemburu isteri pertama kepada isteri kedua) Apa jawapan Rasulullah, “Wallah (Allah bersumpah)”, di hadapan Aisyah, Allah swt tidak pernah mengantikan tempat Khadijah pada pandangan mataku. Lalu disebut hampir tujuh sebab yang membuatkan Aishah terdiam seumur hidupnya dari mengulang perbuatannya.
Ketiga, kisah dalam surah al-Tahrim, ada kisah tentang komplot para isteri Rasulullah untuk menyakiti hati baginda. Bagaimana penyelesaian yang diambil oleh Rasulullah s.a.w untuk menyelesaikan perbuatan mereka. Kisah Rasulullah s.a.w ini, bukan kisah baginda baru ingin berkahwin tetapi bagaimana menyelesaikan rumahtangga baginda pada waktu yang sama menangung tanggungjawab besar sebagai seorang nabi, seorang ketua kerajaan dan umat. Ada pengajaran yang berguna yang perlu diambil oleh para isteri dan juga para suami. Suami yang berhasrat untuk berkahwin lagi wajar menghayati surah ini.
Begitu juga wanita yang cuba menghalang poligami suaminya perlu ambil iktibar dari surah yang pendek ini. Ada tiga pengajaran umum dalam surah ini – panjang untuk ditulis di sini. Point yang paling penting dalam surah ini ialah taubat. Di akhir surah ini dibuat dua perbandingan yakni isteri yang buruk (isteri Nabi) dan isteri yang baik (isteri Firaun).
Perkahwinan Rasulullah s.a.w sebelum peristiwa hijrah dan selepas berlakunya hijrah asasnya ialah dakwah dan masyarakat. Asasnya ialah membantu armalah (Ummu Saadah). Asasnya juga pada menyelesaikan pertelingkahan antara kaum (beberapa isteri baginda dari kabilah arab). Asasnya juga pada membetulkan akidah. Asasnya juga dalam aspek syariat (contohnya baginda berkahwin dengan bekas menantu angkatnya). Asasnya pada mengangkat darjat (berkahwin dengan hamba) Mungkin Ummu Abbas boleh bongkarkan lebih terperinci satu persatu perkahwinan baginda sebelum hijrah dan sesudah hijrah (cadangan tulisan seterusnya).
Akhir kata, keharusan syariat poligami dalam al-Quran perlu dibaca melalui asbab nuzul ayat tersebut. Untuk lebih pencerahan boleh melihat dalam sirah Islam – apa yang berlaku selepas perang Uhud. Nasib mereka yang berada dalam masyarakat Madinah ketika itu – iaitu mereka (armalah dan juga anak yatim) yang baru kehilangan sokongan terkuat dalam keluarga mereka, yakni ‘institusi bapa’.
[Antara pra-syarat memahami sesuatu nas al-Quran/hukum ialah melihat kepada nas tersebut dari al-Quran dan al-Sunnah (fiqh al-Nas) baik secara umum ataupun terperinci, kemudian mengkajinya dengan lebih mendalam melalui sirah (Fiqh al-Sirah) dan juga mengaitkannya dengan isu semasa (Fiqh al-Waqi'iy) apa yang sedang berlaku dalam masyarakat hari ini]
Ibu Anas@Sahabat fillah
30 September 2009
**********************************
Alhamdulillah penjelasan yang amat mendalam daripada sahabat fillah, moga-moga saya beroleh manfaat daripadanya…amin…
Dalam perenggan pertama mungkin sahabat fillah ingin menjelaskan bahawa dalam hukum Islam juga ada mengambil kira berkenaan masyarakat. Dengan lebih mudah lagi saya mengistilahkannnya sebagai urf atau adat istiadat….ya saya bersetuju itu bahawa dalam hukum hakam Islam keadaan semasa diambil kira, namun bila dan bagaimana:-
Urf atau adat istiadat
Adat istiadat ini tentu saja yang berkenaan dengan soal muammalat. Sepanjang adat istiadat itu tidak bertentang dengan ketentuan dalam Qur’an dan Hadis serta tidak melanggar asas-asas hukum Islam di bidang muamalat, maka menurut kaedah hukum Islam yang menyatakan “adat dapat dikukuhkan menjadi hukum” (al-‘adatu muhakkamah).
Dasarnya:
- Dalam Qur’an: “Apa yang dilihat oleh orang Islam baik, maka baik bagi Allah juga”.
- Dalam Hadis: “…Nabi menyuruh mereka berbuat baik dan melarang berbuat mungkar”.
Syarat-syarat Urf sebagai sumber Hukum:
a. Urf harus berlaku terus menerus atau kebanyakan berlaku.
b. Urf yang dijadikan sebagai sumber hukum bagi suatu tindakan harus terdapat pada waktu diadakannya tindakan tersebut.
c. Tidak ada penegasan (nas) yang berlawanan denga urf.
d. Pemakaian urf tidak akan mengakibatkan dikesampingkannya nas yang pasti dari syari’at.
e. Hukum Adat baru boleh berlaku kalau kaedah-kaedahnya tidak ditentukan dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasul, tetapi tidak bertentangan dengan keduanya, sehingga tidak memungkinkan timbulnya konflik antara sumber-sumber hukum itu.
Soalnya sekarang adakah pada pandangan masyarakat secara umumnya poligami sudah dianggap tidak relevan untuk dipraktikkan? Atau hanya golongan wanita sahaja yang berpandangan sekalian? Atau hanya segelintir sahaja dari golongan wanita yang menganggap sedemikian?
Bagi wanita yang dalam keadaan selesa (yang terdiri daripada golongan wanita awal 20an, yang sudah bahagia dengan suami yang ada atau juga mungkin dari golongan yang tidak mahu berkahwin) mungkin menolak poligami..tetapi bagaimana pula dengan wanita yang sudah dianggap lewat berkahwin(andartu), golongan armalah, adakah mereka juga menolak poligami? Atau mungkin berkeras inginkan seorang lelaki yang single????
Saya tidak menafikan apa yang berlaku dalam masyarakat kini. Saya juga banyak kali mendengar rintihan dari golongan wanita dalam hal ini..dan saya juga amat kesali diatas tindakan suami-suami tersebut.. namun sedarlah tidak semua begitu, Allah lebih tahu mengapa disyariatkan poligami.
Setiap perkara yang berlaku harus dilihat positif bukannya negatif. Kalau mahu dikira negatif berapa ramai isteri-isteri yang mengabaikan tanggungjawab mereka? Berapa ramaikah yang curang dengan suami mereka? Ya, sudah tentu tidak terhitung banyaknya.
Mengenai hajat suami yang ingin berpoligami, mereka perlu memikirkan adakah mereka mampu meneladani rasul, maka jawab saya ya, boleh!!!. Nabi dijadikan qudwatun hasanah, tidak pula dipanggil qudwatun hasanah sekiranya umatnya tidak mampu mengikutinya..cuma menjadi seperti rasul itu yang tidak boleh..kerana nabi itu ma’sum..begitu juga bagi si isteri-isteri adakah mereka mampu mencuri sedikit hati-hati isteri nabi? Maka saya menjawab, soal hati bukan untuk dicuri dan ditiru..soal hati perlu dididik, dididik dengan ilmu dan iman. Berapa ramai isteri yang terfikir /terlintas dalam kepala mereka bahawa syurga sebagai balasan sekiranya mereka membenarkan suami mereka berpoligami tatkala luahan si suami ingin berkahwin lagi? Hanya golongan wanita mampu menjawab soalan ini.
Akhir kata dari saya Islam itu indah…fahami dan hayatilah Islam kerana cinta tidak akan timbul sebelum mengenalinya…
Abu Hurairah al-Kelantani
1 Oktober 2009

No comments
Post a Comment