Program Sua Rasa Aidilfitri TV9 Dan Selangor Meriah

SHAH ALAM, 17 Oktober - Suasana meriah menceriakan Karnival Sua Rasa Aidilfitri kerajaan negeri Selangor.

Dari awal pagi lagi, pemuda-pemudi dan famili berduyun-duyun membanjiri Perkarangan Stadium Shah Alam seawal 8 pagi lagi.

Karnival Sua Rasa Aidilfitri diadakan hasil kerjasama kerajaan Selangor dan stesen televisyen TV9.

Bagi Exco-exco Selangor yang turut hadir memeriahkan karnival itu, mereka menyifatkan ini sebagai satu peluang kepada Selangor memberitahu orang ramai tentang program yang akan, sedang dan telah dilaksanakan kerajaan negeri.

“Bagi kerajaan Pakatan Rakyat, selalu berita buruk yang keluar dalam televisyen, jadi agak baik juga kepada kita kali ini dengan kerjasama TV9 untuk berjumpa dengan para pengundi, penyokong dan juga warga Selangor untuk memberitahu mereka tentang program-program yang ada di Selangor,” katanya.

Begitu juga bagi Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu bahawa program kerjasama ini dapat menghantar mesej kerajaan negeri Selangor melalui media televisyen.

“Kita mahu merapatkan hubungan antara pemimpin negeri dengan rakyat secara umum dan merupakan satu peluang kepada kita untuk menghantar mesej kerajaan negri melalui TV, kita bukan selalu ada peluang, banyak sekatan , pada masa sama kerana program ini ada peluang kita adakan pameran, ada fungsi la seperti booth daftar undi,” katanya.

Bagi Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari, katanya kesempatan ini perlu digunakan dengan baik kerana Selangor antara negeri yang mendapat liputan media arus perdana yang terhad.

“Ini pendekatan Selangor untuk kita menghebahkan program-program di Selangor dan kita bekerjasama dengan TV9 untuk memperkenalkan kepada orang diluar apa yang kita kepada TV Selangor, sebab kita tahu kita ada limited coverage, dan inilah kesempatan yang ada untuk kita expose,” katanya.

Program ini tidak kurang juga mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai bukan sahaja di Selangor, malah ada yang sanggup datang dari Kelantan untuk sama-sama meraikannya.

“Program suarasa ini agak bagus, saya datang dari Kelantan semata2 untuk turut serta dalam Suarasa, banyak acara dan aktiviti terutamanya pameran-pameran, gerai.

“Ucap terima kasih kepada negeri Selangor kerana mengadakan Suarasa lebih meriah, bertembung dengan deepavali, lebih ramai,” kata Zuradi Zakariah, dari Kelantan.

Bagi penduduk Selangor pula, tentunya ini program yang ditunggu-tunggu untuk beriadah bersama keluarga dan menyaksikan persembahan menarik yang disediakan.

“Oklah, dapat merapatkan silaturahim dengan kerajaan negeri Selangor, disamping itu kita dapat penuhi masa hujung minggu bersama keluarga, memang semestinyalah, selalu kita dengan kerajaan negeri jarang bergaul mesra, dengan program seperti ini dapat beramah mesra dan dapat face to face dengan diorang semua,” kata Nordiana Subari dari Shah Alam.

“Untuk kerajaan negeri, bersama rakyat untuk menjayakan program ini, cara yang baik untuk merakyatkan negeri Selangor,” kata Norazmi Muslim dari Shah Alam

“Kerajaan negeri Selangor berjaya menaja sekali dengan TV9, berganding bahu dengan syarikat swasta untuk jayakan program ini, program ini jauh lebih baik jika dibandingkan dengan program2 lain kerana ia bentuk riadah untuk keluarga, dan kesihatan yang baik,” kata kata Zainal Abidin Mat Sari.

Selain itu, ia turut memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan informasi tentang kerajaan negeri seperti apa yang ditawarkan di Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor.

“Kita lihat program kerajaan negeri bersama TV9 adalah satu program yang baik, seperti Lermbaga Perumahan dan Hartanah ni, kita dapat hebahkan kepada orang ramai apa yang ada, focus untuk beritahu orang awam……..teruskan kempen…sambutan orang awam ramai untu lihat lokasi rumah low cost mana yang ramai,” kata Penolong Pengarah Unit Pengurusan Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor, Azlina Ismail.

Di sepanjang Program Sua Rasa Aidilfitri, pelbagai persembahan kebudayaan tradisi seperti tarian upih, zapin, pantun budi, joget Selangor, Solo Angklong, silat, Wushu, tarian naga, selingan kompang dan Cak Lempong turut disediakan untuk meraikan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.

Sementara itu, Konsert Rentak Sua Rasa TV9 akan berlangsung pada malam ini dengan persembahan daripada kumpulan Raihan, Muslim Voice, Yassin, Imran Ajmain, Tomok, Aizat, Aishah dan Kumpulan D’Putra.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

No comments

Powered by Blogger.