Syarikat rayu keputusan mahkamah tolak saman RM218 juta
05/10/2009 4:58pm
KUALA LUMPUR 5 Okt.— Sebuah syarikat memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM218 oleh syarikat itu terhadap UMNO berhubung bekalan barangan semasa pilihan raya umum 2004.
Elegant Advisory Sdn Bhd memfailkan notis rayuan itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat lepas melalui Tetuan Termizi & Co.
Peguam Mohd Nazruddin Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyiapkan alasan rayuan dan tiada tarikh ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan untuk mendengar rayuan itu.
Pada 10 September lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Anantham Kasinater, yang membenarkan permohonan Umno bagi menolak saman syarikat itu, memutuskan saman terhadap UMNO itu tidak berasas dan tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.
Beliau berkata, peguam syarikat itu mengakui tidak terdapat sebarang kontrak bertulis selain tidak dapat menjelaskan mengenai intipati kontrak secara lisan.
Elegant Advisory yang mengemukakan saman sivil itu pada 23 Jun 2008 menamakan Bendahari UMNO (ketika itu), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan UMNO sebagai defendan berkata, ia dilantik untuk membekalkan peralatan pilihan raya dan bahan penerbitan serta menyediakan pengangkutan kepada Umno bagi pilihan raya umum ke-11.
Syarikat itu mendakwa ia mengemukakan invois berjumlah RM218,013,475 tetapi UMNO gagal menjelaskannya.-Bernama

No comments
Post a Comment