Wanita Umno Pandai Jaga Keluarga

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil mengingatkan seluruh ahli Pergerakan Wanita UMNO supaya tidak terus bernostalgia dengan masa lampau kerana kedudukan orang Melayu hari ini umpama telur di hujung tanduk.

Ketua Pergerakan Wanita itu berkata, sudah tiba masanya ahli Wanita bangkit semula berjuang bersama-sama dengan pemimpin dan presiden parti.

Dalam ucapannya itu juga, beliau menyeru agar semua ahli pergerakan lebih berdisiplin, inovatif, kreatif dan dinamik dalam melaksanakan aspirasi perjuangan parti.

"Kita tidak boleh terus bernostalgia dengan masa lampau. Kita kena berani berhadapan dengan aspek politik dan sosial kerana telah ada kelunturan nilai-nilai positif dengan cubaan untuk menghapuskan dan mengikis hak-hak orang Melayu.

"Jangan dibiarkan keadaan pecah-belah oleh parti pembangkang yang menjanjikan janji manis palsu. Marilah kita bersatu membina semula kekuatan pergerakan ini dalam berhadapan dengan landskap politik masa kini yang cukup mencabar,” katanya dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, pagi ini. - Utusan


No comments

Powered by Blogger.